Ikan Susu Panggang Cecah Budu
12:11 PTG
Ikan susu banyak tulang.
Kalau nak makan ikan susu, selalunya beli yang sudah siap dibersihkan dan tidak bertulang!
Oleh kerana tak jumpa dah semenjak dua menjak ikan susu tanpa tulang, jadi panggang sajalah ikan susu yang masih bertulang. Tidaklah teruk sangat nak makan ikan susu yang ada tulang. Pilih ikan susu saiz besar, jadi tulangnya pun nampak lembih besar dan mudah dilihat ketika kita makan.
Kami beli dua ekor ikan susu dan salah seekor yang Amie panggang beratnya 750 gram. Untuk memudahkan proses memanggang di dalam kuali ajaib, Amie potong dua ikan susu tadi. Muatlah panggang sekali kedua-dua potong ikan ini.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan susu @ bolu - bersihkan - potong 2
2 sudu besar minyak
Bahan tumbuk / kisar:
1 sudu besar lada putih
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
1 batang serai - ambil isinya yang putih
1 sudu kecil pati asam jawa
garam / perasa pilihan
Cara:
1. Lumurkan bahan kisar secara menyeluruh di badan ikan. Lebihannya masukkan ke dalam perut ikan.
2. Renjiskan minyak pada ikan.
3. Panggang hingga masak di dalam kuali ajaib.
Ikan susu panggang ini sudah cukup rasa, masam masin dan pedas lada putih. Makan dengan nasi begitu sahaja pun dah cukup sedap. Amie teringin nak cecah dengan budu, jadi Amie hiriskan cili padi, bawang besar dan limau kasturi. Tuang budu Cap Ketereh, dan gaul sebati.
Tak cukup dengan budu, Amie sediakan acar timun dengan nanas. Acar begini memang menjadi kegemaran Encik Suami! Amie bubuh cili padi supaya ada rasa pedas!
- Ikan Susu Panggang.
- Budu.
- Acar Timun & Nanas
Jumpa lagi.
10 comments
semua nampak sedap amie. kebetulan tgk lapar juga ni 😊
BalasPadamcamne rupa kalau dh takde tulang ye kak? dana tak pernah beli ikan susu nih tapi dengar orang kata ikan susu ni sedap... tengok ikan nya pun jenis ada isi tebal betul
BalasPadamsedapnya cicah budu
BalasPadamTerliur... Lama nda beli ikan ni. Susah mau dapat ikan fresh sejak PKP.
BalasPadamKekadang order 2 minggu sekali ada kalau nak dapat yang segar.
Di Bataras KK ni macam tak best tengok ikan dia.
ShirVen,
BalasPadamjemput makan.
Dana,
BalasPadamdalam entri lepas-lepas, ada beberapa kali kakak kongsi ikan susu tanpa tulang.
Hans,
BalasPadamjemput makan,
Tukang Kebun,
BalasPadamSyukurlah di tempat kami ada juga bekalan ikan segar walaupun PKP, tapi kadang-kadang susah juga mau dapat.
Lauk MCM no lamyg buat buka selera
BalasPadamOhh macam ni rupa ikan susu. tak pernah dengar dan tengok. Sedap ikan dipanggang.
BalasPadam