Nasi Lemak Sambal Kerang & Paru Rusa Goreng Berempah
3:15 PTG
Selamat berhujung minggu.
Hari ini tak masak untuk hidangan tengahari.
Pagi tadi masak nasi lemak, sekali harung untuk sarapan dan makan tengahari.
Untuk lauk nasi lemak, Amie temukan paru rusa dari Sungai Kinabatangan dengan kerang dari Tawau. Isi kerang tersangatlah kecil, tapi kira sudah cukup bagus sebab ada! Bolehlah tukar-tukar selera makan sambal kerang pula.
Paru rusa yang kami beli di Sungai Kinabatangan pula Amie perap dengan rempah kisar dan kemudian goreng garing. Memang sedaplah kalau ratah-ratah saja!
Jom masak nasi lemak.
Bahan-bahan:
6 pot rice cooker beras - bersihkan dan toskan
santan sederhana pekat ikut sukatan 6 pot rice cooker
3 biji bawang putih - hiris halus
3cm halia - hiris halus
2 helai daun pandan - siat-siat
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu kecil garam
1. Masukkan beras dan semua bahan di atas ke dalam rice cooker.
2. Tekan butang 'on' dan biarkan hingga nasi lemak masak.
Resepi Sambal Kerang. Bahan kisar Amie kisar gunakan minyak, bukannya air. Bila kita tumis, ia tidak merecik. Cantik jew kejadiannya. Selepas sambal masak, boleh buangkan minyak yang berlebihan. Amie tak bubuh halia dalam sambal sebaliknya Amie gantikan dengan serai.
Bahan-bahan:
500 gram isi kerang
1/2 cawan gula melaka
1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
1/2 cawan minyak
1 batang serai - diketuk
garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
30 tangkai cili kering - buang tangkai - rebus hingga layu - toskan
15 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar belacan
1/2 cawan minyak
(Kisar kesemua bahan dengan menggunakan 1/2 cawan minyak. Tak perlu bubuh air).
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai dengan api sederhana hingga pecah minyak.
2. Masukkan gula dan bancuhan air asam jawa. Masak lagi sehingga pecah minyak sekali lagi.
3. Seterusnya masukkan isi kerang dan garam / perasa pilihan.
4. Masak 2-3 minit sahaja dan padamkan api dapur supaya isi kerang tidak kecut.
Untuk Paru Rusa Goreng Berempah pula, terlebih dahulu Amie rebus 1/2 kg paru rusa hingga lembut. Untuk kurangkan 'aroma' pada paru rusa, Amie rebus bersama asam keping, serai dan halia. Sekarang kita lihat resepinya pula.
Bahan-bahan:
1/2 kg paru rusa yang sudah direbus hingga lembut - toskan - hiris tipis
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3 ulas bawang putih tumbuk
2 cm halia tumbuk
garam / perasa pilihan secukupnya
minyak untuk menggoreng
Cara:
1. Gaul kesemua bahan di atas dan perap selama 30 minit.
2. Panaskan minyak yang banyak dan goreng tenggelam paru rusa.
3. Apabila paru rusa timbul di permukaan minyak gorengan, bolehlah angkat dan toskan.
Jemput makan.
Sambal Kerang cukup rasa!
Paru Goreng Berempah yang lembut dan rangup pula!
Tambahan hidangan sarapan pagi sudah tentunya karipap pusing!
Sekian.
Cerita di hari minggu dari Amie's Little Kitchen.
8 comments
Wahh..nampak sedap Nasi Lemak ni.Berapa sekilo daging rusa di sana.
BalasPadamParu rusa mana nak dapat kat sini
BalasPadamperghhhh
BalasPadamsedap gila sambal kerang
adoii laparnya
paru rusa tu menarik lah sebab Hans xpernah rasa lagi
hehehe
huih sedapnya kak.... tapi paru rusa tu paling rare
BalasPadamSedapnya Amie set nasi lemak yg lengkap dangan sambal kerang serta paru rusa goreng berempah, dah macam makan kat kedai.
BalasPadamAlhamdulillah masih senang nak dpatkan bekalan daging rusa di Sabah...
BalasPadamSedap....
BalasPadamsedapnya....
BalasPadam