ADSENSE

Selasa, 2 Jun 2020

Ikan Tuna Masak Lada Putih

Ketika menumis bahan perencah untuk masakan ikan tuna, anak-anak suka dapat meneka resipi apa yang Amie sedang olah. Itulah resipi tinggalam MIL, masakan ikan dengan lada putih tetapi MIL gunakan ikan layar sedangkan Amie terpaksa gantikan dengan ikan tuna. Lama sangat tak jumpa ikan layar!

Ikan Tuna Masak Lada Putih
Amie memilih bahagian perut ikan tuna (bukan isi perut ikan), yang banyak lemak. Itu sebabnya apabila sudah masak, nampak berlinang-linang kuahnya dengan minyak, hasil lemak ikan tuna.

Ikan Tuna Masak Lada Putih
Bahan-bahan:
1/2 kg isi ikan tuna - potong ikut saiz yang digemari
1 sudu besar pati asam jawa - bancuh dengan secawan air
garam / perasa pilihan secukupnya
4 sudu besar  minyak

Bahan tumbuk:
1 sudu besar lada putih
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
4 cm halia

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga terbit bau.
2. Masukkan ikan tuna dan gaul. Biarkan seketika sehingga ikan tuna berubah warna.
3. Tuangkan bancuhan air asam jawa.
4. Biarkan sehingga masak mendidih, serta keluar minyak dan kemudian perasakan dengan garam /perasa pilihan secukupnya.
5. Padamkan api dapur.

Ikan Tuna Masak Lada Putih
Anak-anak suka sangat kuahnya!

3 ulasan:

norhidana berkata...

simple resepinya kak, mesti besar ikan tuna nya tuh... tengok dia punya daging tuh

Amie berkata...

Dana,
memang tuna saiz besar, beli yang dah dipotong.

mamapp berkata...

Sedapnya alahai. Byk resepi sedap2 kat sini