Remayung Masak Tumis Pedas dengan Udang
7:04 PTG
Jom masak sayur remayung.
Beli seikat, adalah dalam 10 batang.
Amie masak tumis saja, dan bubuh sedikit air untuk dijadikan kuah. Anak-anak akan cari kuah sayur sewaktu makan! Untuk rasa yang lebih enak, Amie tambahkan cili padi dan belacan dalam perencahnya.
Beginilah hasilnya, macam lebih udang dari sayurlah pulak sebab sayur remayung yang berdaun sangat lembut ini mudah mengecut!
Encik Suami suka sayur remayung. Bonda kita pun suka dan rajin Bonda tanam tepi rumah di kampung sanun! Di tempat kami, sayur ini dipanggil sayur minyak. Pernah juga dengar nama lain seperti sayur raja dan juga bayam malabar.
1 ikat sayur remayung (10 batang) - ambil daun dan batang serta pucuknya yang muda
15 ekor udang kertas - bersihkan
1/2 cawan air
garam / perasa pilihan
4 sudu besar minyak
Bahan tumbuk:
10 biji cili padi
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 sudu kecil belacan
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga terbit aroma.
2. Masukkan udang kertas dan tumis hingga berubah warna.
3. Kemudian masukkan sayur remayung, tutup kuali 30 saat dan buka kembali.
4. Tuangkan air dan gaul rata.
5. Taburkan garam / perasa pilihan.
6. Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.
Remayung Masak Tumis Pedas dengan Udang dah siap!
7 comments
tak pernah dengar pula sayur remayung selama ni. Sedap ya?
BalasPadamsedap ni amie, kak ana pun selalunya tumis sahaja dengan sos tiram ratah makan panas-panas :)
BalasPadamdulu depan office bangla tu ada tanam, subur sgt, petik2 boleh terus goreng...sekarang kebun dah musnah sejak bangla dah balik negeri.
BalasPadamremayung ni sayur apa ye kak?
BalasPadamSedap sayur remayung ni masak goreng.
BalasPadamAda yang panggil sayur raja
Nadiah,
BalasPadamrasa macamsayur lain juga.
Ana Jingga,
ye betul tu... masak ringkas2 jew.
Nasa Mulia,
BalasPadammemang sayur ni senang ditanam dan terus membiak tapi jangka hayatnya pendek.
Mar Mansur,
sayur apa....
Warisan Petani,
ye macam-macam namanya, ada yang panggil bayam malabar juga. Di tempat kami, orang panggil sayur minyak.