Kuey Teow Goreng Seafood
8:32 PTG
Jom masak Kuetiau Goreng Seafood!
Boleh kita makan sama ada sebagai sarapan, makan tengahari atau petang. Makan tengahari tak semestinya makan nasi... ahaks!
Bahan-bahan:
1 kg kuetiau - bilas dan toskan
1 cawan isi kerang rebus
1 cawan hirisan sotong
1 cawan isi udang segar
2 cawan daun kucai
2 cawan taugeh
3 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - cincang
2 biji cili merah - hiris
3 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos ikan
4 sudu besar kicap lemak manis
kiub ikan bilis / perasa pilihan
1/2 cawan minyak
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan goreng bawang besar serta bawang putih sehingga layu kekuningan.
- Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak
- Kemudian masukkan udang segar, diikuti dengan sotong dan isi kerang. Gaul rata.
- Seterusnya masukkan kuetiau.
- Tuangkang sos cili, sos tiram, sos tomato, sos ikan dan sos kicap lemak manis.
- Gaul rata. Taburkan kiub ikan bilis / perasa pilihan.
- Kemudian masukkan daun kucai, dan gaul.
- Masukkan pula taugeh. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
- Sedia dihidangkan dan enak dinikmati bersama cili jeruk.
Jemput!
Untuk lebih jelas, sila tonton video cara memasak di you tube di bawah ini:
0 comments