Rempeyek Kacang Tanah & Ikan Bilis

5:52 PTG

Assalamualaikum.
Pernah makan rempeyek? Kami biasa sebut rempeyek tetapi ada sesetengah orang sebut tempeyek. Setahu Amie, mengikut pengalaman hidup bersama keluarga dan masyarakat kampung, setakat ini ada beberapa jenis rempeyek yang dihasilkan menggunakan bahan asas yang sama, termasuk rempeyek kacang tanah, rempeyek ikan bilis sampur kacang tanah dan sebagainya. Bonda biasanya akan membuat rempeyek kacang tanah dengan ikan bilis bila tiba hari raya atau sebagai hidangan ketika kenduri-kendara. Selain rempeyek kacang tanah campur ikan bilis, bonda juga membuat rempeyek kacang dal yang dicampur dengan udang kering. Kadang-kadang bonda buat rempeyek kacang hijau atau tumpi. Dan satu lagi, bonda paling suka membuat rempeyek daun bayam! Sukatan untuk membuat rempeyek pula, sudah tentulah ikut sukatan tradisional. Tidak perlu gunakan timbang sukat, hanya masukkan sahaja bahan, gaul dan kecairan atau kepekatan biasanya bonda ikut citarasanya.Apa pun hasilnya memang enak! Rangup! Gurih! Oh ya.... ada satu lagi... bonda tidak suka hancurlumatkan rempah-rempahan seperti biji ketumbar dan jintan. Bahan-bahan ini bonda hanya tumbuk kasar-kasar sahaja!


Rempeyek di atas ini bukan hasil air tangan Amie ye.... Oleh kerana teringin makan rempeyek, Amie pesan melalui kawan, dan ibu mertuanya tolong buatkan. Kami ramai-ramai membeli dengan harga RM50 untuk setiap satu tin. Permintaan Amie, supaya dikurangkan kacang tanah, dan kalau boleh bubuh sebiji dua sahaja dalam kepingan rempeyek sebab Amie hanya suka makan rempeyek ikan bilis sahaja!

Di bawah ini, Amie kongsikan resepi Rempeyek Kacang Tanah & Ikan Bilis yang biasa bonda Amie buat untuk tatapan bersama. He he heheh... sebenarnya Amie tidak pernah buat adunan rempeyek, tetapi selalu tengok sahaja bonda mengadun dan Amie bantu menggorengnya. Kalau gunakan acuan hasilnya molek bulat-bulat, tapi Amie biasa ikut cara lama, bubuh di tepi-tepi kuali, dan yang terlebih sedap tentulah serdak-serdaknya yang kecil halus tu.

Resepi: Rempeyek Kacang Tanah & Ikan Bilis
Bahan-bahan:
1 kampit tempung beras - gunakan tepung beras cap 1 ekor gajah atau tepung beras cap teratai
1 kg kacang tanah (biasanya bonda kurangkan) - bilas dan goreng (sesetengah orang tak goreng dulu, bonda pun tak goreng) - toskan (jika suka boleh tumbuk seketika supaya pecah kasar)
1 biji kelapa - 4-5 cawan santan cair (bonda ambil lebih sebab akan bonda tambahkan santan cair dari masa ke semasa dalam adunan yang mendap/ mendak)
1 mangkuk ikan bilis  - dibersihkan dan dibelah 2
3 ulas bawang putih (untuk rasa lebih lemak, lebihkan jumlah bawang putih) - tumbuk halus
1 genggam ketumbar biji - tumbuk kasar
1/2 genggam jintan putih - tumbuk kasar
1 genggam jintan manis - tumbuk kasar
* Sesetengah orang tak suka jintan putih & ketumbar sebab kuat baunya, tak bubuh pun tak apa, ikut citarasa masing-masinglah ye...
sedikit serbuk kunyit - (tak bubuh pun tak apa)
1 sudu teh kapur - bancuh dengan sedikit air
1 biji telur
garam dan perasa pilihan secukupnya
minyak

Cara:
1. Bancuh tepung beras bersama kesemua bahan di atas kecuali kacang tanah, ikan bilis dan minyak.
2. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali saiz besar (supaya cepat dan dapat hasil yang banyak dalam sekali gorengan).
3. Ambil satu senduk adunan, dan tambahkan beberapa biji kacang tanah serta ikan bilis ke dalamnya.
4. Tuangkan secara memanjang di tepi kuali yang tidak terkena minyak, dan bahan adunan akan mengalir ke dalam minyak panas. Ulangi sehingga memenuhi bahagian tepi kuali.
5. Gunakan sudip untuk menyimbahkan perlahan-lahan minyak panas ke atas rempeyek yang melekat di tepi kuali supaya masak dan tanggal sendiri.
6. Apabila semua rempeyek telah tanggal dan terkumpul di dalam gorengan, bolehlah angkat setelah kelihatan masak dan garing. Toskan.
7. Pastikan rempeyek telah benar-benar sejuk sebelum disimpan ke dalam tin atau bekas kedap udara.


Krup krap krup krap......

22 comments

  1. Mmg fav saya ni Amie....setiap kali raya mesti buat.

    BalasPadam
  2. sedap mi Mie kalau bagi akak sebalang pun habis tapi kena time panas tu huh sedap bangat ni

    BalasPadam
  3. Assalam Amie, kita suka sangat makan rempeyek kacang, dari dulu dah siap beli acuan, tapi tak buat2 lagi..angan2 aje lebih..kalau beli suka beli satu tin biskut yang besar tu ..

    BalasPadam
  4. Assalam Amie..acik biasa beli di Tanjung Karang...masa dok sana dulu selalu tempah..satu tin sekali tempah..tapi dulu tak sapi pun RM20 satu tinnya..

    BalasPadam
  5. Kak Amie.. Melly pun sebut nya rempeyek..suka sekali makan nya,tapi tak suka buat nya..hehe
    Selalu nya dapat rempeyek dari kakak ipar, bisa lupa berhenti makan nya kalo belum habis.. kriuk..kriukk

    BalasPadam
  6. sedapnya....mmg krap krup krap krup...

    BalasPadam
  7. Assalam amie, saya suka rempeyek kacang n ikan bilis, kcg lebih pun tak apa. Hurmm kalo beli biasanya tak berapa sedap ada yg masuk angin dan kurang lemak, jarang dpt yg menepati citarasa

    BalasPadam
  8. kruppp krappp2...kak bile mkn ni...nmpk sgt rangup dh tu...susah nk benti kalau dh mkn ni...hb QH suka mkn dgn nasi..stail jawa katanya...yer ker??

    BalasPadam
  9. Wahhhh sedapnya sama la ngan Ani pun tak suka kacang.. jika makan selalu Ani kumpulkan kacang nya nanti en suami makan.. heeee suka tepung yang rangup tu je.. ;)

    BalasPadam
  10. best ni layan sambil nengok tv Amie.. krakk krukk krakk krukk.. :b

    BalasPadam
  11. KY,
    rempeyek bilis memang sedapkan KY.

    Norzie,
    he he heh kami pun tiap raya mesti buat, tapi bonda yang buat...kita tolong goreng je, tu pun sikit2 je....

    Kak Noor,
    Amie bagi sebalang kecik aje ye Kak Noor... kang bagi balang besau tak terabih pulak ha ha ha ahhh

    BalasPadam
  12. Ayu,
    kita suka makan, tapi nak buat kena banyak kali fikir he he hehhh, kalu beli memang tin besar punya!

    Acik Erna,
    Waalaikumussalam Acik,
    dulu memang boleh dapat RM20, tapi sekarang... rempeyek dah naik saham ye Acik he he hehh

    Melly Octaviana,
    memang asyik sekali kalu makan rempeyek kan Melly, tak pandai berhenti selagi belum habis...

    BalasPadam
  13. Ummiross,
    memang kena beli Ummi, kami pun pakat2 beli 6 orang RM50 seorang, jadinya mak mertua kawan kami kena sediakan 6 tin!Tapi, Amie punya... 3 hari dah habis!

    Tihara,
    ikan bilis tu la yang buat tambah sedap!

    Myda,
    tak berhenti ni orang di rumah makan, bujang & bapanya krup krap2x depan tv sambil tengok bola!

    BalasPadam
  14. Rosa,
    memang kadang2 kalau beli tak menepati citarasa, tapi nak buat sendiri tak larat pulak... sebaiknya pastikan dulu orang yang buat tu memang pakar he he he heh

    Qasey,
    he he hehh Kak Amie tak tahulah style Jawa makan rempeyek dengan nasi, sebab tak pernah buat & tak pernah nampak orang Jawa di tempat kakak begitu... he he heh tapi mungkin ada di sesetangah tempat.

    Choco,
    kita pun gitu, selalu tanggalkan kacang, suka tepungnya yang berempah....

    BalasPadam
  15. Sheila,
    betul Shiela... tak sedar habis setin!

    Kamariah,
    rempeyek kacang dal dan kacang hijau kita suka Ma!

    BalasPadam
  16. ewnak ei kak...puasa hari tu dah siap beli bahannya, tapi tak menyempat nak buat..

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum, ada cara lain selain menggunakan kuali? :)

    BalasPadam
  18. Ikan blis xyah goreng dlu ker???

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe