Nasi Goreng Bunga Kantan
8:46 PTG
Assalamualaikum.
Bertemu lagi walaupun akhir-akhir ini tenggelam timbul tidak menentu. Petang tadi Amie bersama Encik Suami melawat kakak ipar di hospital yang baru menjalani pembedahan di belakang telinganya pagi tadi. Sebelum ke hospital, sempatlah masak nasi tapi belum sediakan lauk. Semasa di hospital, bujang tengah yang baru pulang dari sekolah telefon Amie.... hadoiii!!! Bujang satu ini memang setiap kali masuk rumah akan terus meluru ke dapur dan bertanya apa Amie masak untuk hari ini. Sama juga seperti kelmarin, ketika Amie bersama Encik Suami sedang melawat kakak ipar di hospital, telefon berbunyi dan bujang tengah sudah gelisah menunggu hidangan malam! Bujang oooh bujang! Kami segera pulang ke rumah dan singgah sebentar di gerai membeli murtabak, seperti kelmarin juga! Maklumlah, sementara menunggu hidangan siap, bolehlah alas perut dengan murtabak dulu.
Amie ambil langkah mudah dengan menyediakan nasi goreng sebagai hidangan malam. Ikan yang telah direndam, dimasukkan kembali ke dalam peti sejuk! Ketika sedang menggoreng nasi tiba-tiba teringat pula Nasi Goreng Bunga Kantan My Style di dapur Kak Nooriah - Bicara Kak Noor. Oleh kerana anak-anak kurang menggemari bau bunga kantan, jadi Amie asingkan sebahagian besar hidangan untuk mereka dan tinggalkan sedikit nasi goreng di dalam kuali. Amie tambah hirisan bunga kantan ke dalam nasi yang tinggal. Dan hasilnya seperti di atas.... he he heh bila sudah kelam kabut masak, masuk sajalah apa yang tercapai oleh tangan. Anak-anak sudah menunggu di meja makan, rasa tak sampai hati pula untuk berlama-lama berperang dengan kuali di dapur!
Sila buat rujukan ke dapur Bicara Kak Noor untuk mengetahui resepi ini dengan lebih lanjut! Terima kasih banyak Kak Noor cayanggggg....minta halal resepinya ye!
12 comments
Pasti wangi ni
BalasPadamSedapnya Amie...bau bunga kantan tu wangi sampai sini.
BalasPadamenak ei ki kak..udangei ngerungkel2..
BalasPadamperggghhh, dah kenyang pun blh rasa lapar balik....wangiiii
BalasPadamsedap tu Kak Amie..dgn aroma bunga kantan...
BalasPadamAir tangan Amie, main campak2 pun ummi percaya tetap sedap!
BalasPadamsy suka sgt nasik goreng bungan kantan ni,ma nens suke buat..sy pon suka kalo die banyak2 tercari2 nk gigit bunga kantan tu,..hehe
BalasPadamwah nasi goreng bunga kantan dah sampai kat umah Amie pulak ni tak kisahlah tu penderhakaan tu makna nyak kreatif lagi sila2 derhaka I dont care heeee
BalasPadamsama mcm nasik goreng kerabu kan kak..bunga kantan tu mmg wangi, saya ske makan yg dalam laksa.. :)
BalasPadamassalamualaikum...
BalasPadamamieeeee... sedapnya nasi goreng.. banyak plak udang tu.. sedapppp.. nampak menarik bila letak tomato cery tu.. nyum nyum.. sedapnya..
sedap ni, mesti aroma yang mengasyikkan...bau bunga kantan kan best...
BalasPadamsalam Amie...semoga sedara Amie cpt sembuh ya.Aminnn
BalasPadamAtie pon suka nasi goreng bunga kantan ni...tp cam family Amie gak,xsuke baunya.
Klu nk buat gak,balik kg br masak byk2...