Terung Goreng Udang Petai & Ikan Sebelah Goreng
8:55 PTG
Assalamualaikum.
Entah berapa hari tak menjengok dapur. Amie mesyuarat di luar daerah dan tinggalkan rumah sejak pagi Ahad, jadi badan pun agak letih kerana perlu ambil tindakan segera untuk beberapa urusan. Petang tadi terlelap hingga ke pukul 5.30 petang, sewaktu Encik Suami pulang. Alamak.... belum masak untuk makan malam anak-anak! Amie buru-buru ke dapur, mencari dan menggeledah peti sejuk mencari bahan yang mudah untuk dimasak. Syukurlah ada ikan sebelah yang memang sudah siap dibersihkan dan dipotong-potong. Jadi Amie rendam untuk digoreng. Pada masa yang sama sempat rendam udang dan kupas kulitnya. Jadilah hidangan malam kami sekeluarga .... Terung Goreng Udang Petai dengan Ikan Sebelah Goreng. Encik Suami pula, bila melihat kita kelam-kabut di dapur, dia pun buat sendiri sambal kicap, maklumlah dia melihat Amie hiris-hiris saja cili besar untuk masak terung! Tentulah tak ada rasa pedas!
Cukuplah hidangan makan malam kami dengan 2 menu di atas serta semangkuk kecil sambal kicap hasil air tangan Encik Suami.
Ikan Sebelah Goreng.... bubuh kunyit dan sedikit garam. Lama juga tak jumpa ikan sebelah. Seekor ikan sebelah yang kami beli seberat 1 kg, dan minta penjual ikan bersihkan dan potong-potong! Senang nak masak. Lagi satu, sebab takut dengan giginya yang tajam macam gigi ikan piranha tu... pernah dulu bersihkan ikan sebelah, jari tercucuk giginya... hadoiiii.... bisa!
Amie masak sekali harung 3 bahan termasuk 2 batang terung Taiwan, petai dan udang. Hasilnya,penuh satu mangkuk! Licin....
Resepi : Terung Goreng Udang Petai
Olahan dan Idea : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
2 batang terung Taiwan - belah 2 dan potong 6
25 biji petai
20 ekor udang kertas sederhana besar - bersihkan dan belah belakang
3 biji cli hijau - hiris
2 biji cili merah - hiris
1 labu bawang besar - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 sudu makan serbuk pati ayam Maggie
minyak
Cara:
1. Goreng terung hingga masak dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak.Goreng bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili hijau hingga wangi.
3. Masukkan udang dan goreng kacau selama 5 minit.
4. Masukkan petai dan goreng kacau lagi sehingga petai berubah warna.
5. Masukkan terung Taiwan goreng.
6. Taburkan serbuk pati ayam Maggie. Kacau seketika sehingga rata.
7. Padamkan api.
7 comments
salam Mie,akak dtg ni lapo lah pulak malam2 ni sbb makan awal tadi nak sayur tu nak ratah je bak sepiring??
BalasPadamslm aidiladha Kak Amie...
BalasPadamamboi...sedapnya menu mkn mlm tu...QH biase jugak tgk ikn sebelah tu..tp lum penah rasa n masak..sedap x rasa ikn tu kak??
Suka terung...masak apa2 pun sedap
BalasPadamTedringinnya akak tgk menu Amie ni tapi takde petai la. Akak gubah dgn benda lain la ye...
BalasPadamsalam mie. Lauk sempoi tu yang buat makan banyak hehe.
BalasPadamBundo suka terung. Macam2 boleh dibuat dengan terung ni kan?
sedapnya kak..ikan tu kena dgn nasi panas taruk kicap pun dah sedap
BalasPadamSy pun klau beli ikan soh kedai potong, Kak Amie. Alasannya di rumah tak ada pisau, hahahaha
BalasPadam