Labu Manis Masak Lemak Bonda
6:10 PTGAssalamualaikum.
Agak lama juga Amie merenung 2 biji labu manis dan seikat kacang panjang pemberian adik ipar pada petang Ahad lepas. Encik Suami memang suka kalau Amie buat bingka atau apam labu, tapi sayangnya mood untuk membuatnya masih terbenam di dasar laut! Akhirnya Amie terfikir untuk masak lemak labu manis yang biasa Bonda buat. Biasanya Bonda bubuh sedikit ketumbar dan jintan serta udang kering sebagai perencah. Jom kita tengok di bawah ini... inilah Labu Manis Masak Lemak Bonda! Namun.... Amie terpaksa menderhaka kepada Bonda sebab Amie tukar udang kering dengan udang basah sebab kehabisan stok udang kering, dan Amie gunakan pati ayam Maggie sebagai bahan perasa.... mana ada Bonda buat begitu ye... he he he ehh.
Resepi : Labu Manis Masak Lemak Bonda
Resepi : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
400 gram labu manis - buang kulit, empulur dan biji, kemudian potong dadu
5 batang kacang panjang - potong 5cm
10 ekor udang kertas - buang kulit dan belah belakang
400 ml santan pekat
1 sudu teh serbuk kunyit
1 batang serai - dititik
1 sudu makan pati ayam Maggie
minyak
Bahan kisar:
4 biji cili merah
1 sudu teh ketumbar biji
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
sedikit belacan
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar serta serai sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kunyit, udang dan labu manis. Sekiranya terlalu kering, tambah sedikit air. Biarkan sehingga labu mula empuk.
3. Masukkan santan pekat dan kacau sekali-sekala sehingga kuah mula mendidih.
4. Masukkan kacang panjang dan biarkan seketika sehingga kacang panjang berubah warna.
5. Perasakan dengan pati ayam Maggie.
6. Tutup api dan angkat untuk dihidangkan.
Hidangkan ketika masih panas dengan nasi putih!
Amie sediakan ayam goreng sebagai lauk tambahan. Cukuplah.... kalau ada sambal belacan tentu tak cukup makan nasi sepinggan!
Sebenarnya.... Labu Manis Masak Lemak Bonda ini.... hampir separuh mangkuk masuk perut Amie! He he hehh.... ratah labu saja sebab naik selera dengan aroma rempahnya, nasi tak habis sepinggan pun!
25 comments
salam kak amie.. oohh pandai dah ya derhaka resepi bonda hihi... emm x pe la asalkan masuk selera tekak.. emm dah lama wani x pekena labu terliur tengok
BalasPadam2 hari lepas pun saya baru menikmati tumisan labu...kebetulan bonda sy ada kat sini.sampi berdondang perut dia,..angin gamaknya..eheee
BalasPadamassalam amie..terima kasih bagi resepi..acik tak pernah masak macam ni..biasanya buat lemak putih makan dengan sambal belacan nga ikan goreng je
BalasPadamni klu ratah gitu pun sedapp....
BalasPadamÇok leziz ve iştah kabartan bir görüntüsü var. Ellerinize, emeğinize sağlık.
BalasPadamSaygılar..
Salam cikgu....lme x kemari....:-)
BalasPadamSuke lh labu msk lmk ni...en hb kite pun suka...lme jgk x beli labu dh....klu mak kite masak labu ni dia suka letak daun pucuk singkel(bhs swak),dlm apa2 masakkn labu...:-)
mula tengok entri Amie ingat labu saja sekali buka blog wah banyaknya benda dalam tu mesti nak kena cuba jugak ni nmpak macam sedap sangat,,
BalasPadamBaru teringat ada sebiji labu kat dapur. Rasanya dah 2 minggu. Kena fikir apa nak buat.
BalasPadamassalam amie..lamanya tak makan labu masak lemak ni..hu2x..
BalasPadamAmie..nampak sungguh menyelerakan, nak ratah sama boleh tak?hehe..
BalasPadamAs'kum Kak Amie cayangg!!! terbaikkk kecurnyaaaa.... malam tak makan nasi nampak lauk Bonda Kak Amie hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aiiii
BalasPadamAmie.. ku disini terasa kelemakan dan kemanisan labu itu.. slurrppp.. :b
BalasPadamslmt malam kak amie....
BalasPadamdh lama betul saya x mkn masakan labu...
assalam k.amie
BalasPadammemang jadi hidangan feberet dirumah sy ni, sedap makan bersama sambal ikan bilis atau ikan
Kak Amie...ni sayur lemak labu ni mieza suka kalau diletakkan juga pucuk labu tu..wah wahhhh bertambah la mieza makan...ke laut lagi la diet mieza hahhaa..tp masak lemak labu mmg sedap..cuma hubby tak leh makan sebab berangin katanya...mieza ni semua pulun hahaha
BalasPadamelok makan lauk2 dan sayur2 banyak kan kak amie..kurang skit kadar karbo..hehe..
BalasPadamSalam Amie,
BalasPadamResepi bonda semestinya yang terbaeekkk kan Amie. Memang nampak sungguh menyelerakan, kecur air liurku.
Happy belated birthday buat Abang dan yg sama2 meraikan, semuga menjadi anak yg soleh dan diberkati Allah senantiasa..
Salam Amie,
BalasPadamResepi bonda semestinya yang terbaeekkk kan Amie. Memang nampak sungguh menyelerakan, kecur air liurku.
Happy belated birthday buat Abang dan yg sama2 meraikan, semuga menjadi anak yg soleh dan diberkati Allah senantiasa..
masak lemak labu camni poberet Apak atie..klu ada ni mmg selera dia mkn.
BalasPadamDulu atie xsuker tempe..last2 ambik!kawen ngan org jawa...dah minat lak ngan tempe.hikhik
sedappp.
BalasPadamzila klu nk msk camnie tggu huby kt kl..dia x reti nk mkn..h ehhee tp zila sekali adap jew..:)
Assalamualaikum amie....
BalasPadamtadi gi tesco lunch time.. tengok labu2 nye bukan main besor lagi.. mesti mahal sangat tu...
memang best masak lemak labu.. nani pun suka labu.. tapi asben tak makan.. dlm rumah 5 org nani sorang je makan.. so labu tak boleh beli la.. kalau teringin nak makan tapau dari kedai je.. siap punya..
Salam kak amie! aduhhhhhhh godaaaaaaaannnnnnn betulllllll tgk lauk akak niiii, sedap betulllllll! sabo2 kita tgh muhasabah diri ni ehehe..
BalasPadamAslmkum Amie.sy suka lemak labu campur udang gini tp belum pernah masak dg rempah gini....ada kelainannya....
BalasPadamAssalam amie, kalo lah ada menu msk macam ni kat kedai mesti saya ambil dan rasa, sangat menyelerakan labu manis msk lemak mcm ni air tangan amie, terliur sungguh
BalasPadamsedapnya mie....
BalasPadamnanti nak buat style amie pulak.