Nasi Ayam Panggang Rosemary
5:45 PTG
Assalamualaikum.
Hari minggu yang redup ini, Amie cuba satu resepi gandingan timur dan barat. Amie masak Nasi Ayam tetapi berlauk Ayam Panggang Rosemary. Kemudian Amie tambah acar timun bubuh kacang tanah tumbuk serta sos sambal. Untuk Nasi Ayam, Amie tidak masak seperti kebiasaan, kerana Amie gunakan minyak zaitun sebagai pengganti marjerin. Selalunya Amie masak cara kukus tetapi kali ini Amie gunakan rice cooker saja.
Resepi : Nasi Ayam
Idea dan Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi - rendam selama 10 minit dan kemudian basuh bersih
3cm halia - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan serbuk pati ayam Maggie
1 helai daun pandai - siat dan simpulkan
air secukupnya - anggaran 1:1.5 (1 cawan beras = 1.5 cawan air)
Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam rice cooker.
2. Tekan suiz memasak dan jangan dibuka sehingga nasi masak dan kering.
Resepi : Ayam Panggang Rosemary
Sumber : Rohah - DAMAI QALBU & Wana - POTRET KASIH
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (saya potong biasa/ stock camtu je yg ada..) - Amie gunakan 3 ketul bahagian peha
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
Sedikit perasa (saya tak letak)
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil (minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby karot (saya gantikan dengan lada benggala)
Sedikit mentega
Amie tinggalkan kentang, tomato dan baby carrot memandangkan Ayam Panggang Rosemary akan disantap bersama Nasi Ayam.
Cara penyediaan:
1.Ayam dipotong 4 atau dibiar tidak dipotong kemudian dibersihkan.Ketepikan dulu.Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam.Gaul rata.
2.Panaskan minyak zaitun.Goreng bawang putih hingga kekuningan.Angkat dan ketepikan dulu.
3.Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4.Mauskkan bawang putih yang telah digoreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5.Masukkan lebihan minyak zaitun (masa menggoreng bawang putih) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa dan jus limau ke dalam rempah yang telah ditumbuk tadi.Gaul rata.Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6.Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam.Masukkan ayam dalam beg berzip dalam peti sejuk beberapa jam.(saya masukkan dlm tupperware)
7.Kentang dikopek dan direbus 3/4 masak.Ketepikan.Lebihan rempah ayam tadi boleh dilumur pada kentang.
8.Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot dalam tray pembakar.Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180-200 darjah celcius selama 1 jam.
Amie tinggalkan yang ke 7.
Alhamdulillah, resepi hari ini diterima baik oleh seisi keluarga! Cuma... Ayam Panggang Rosemary kena buat lebih! Maklumlah, dengan kelazatannya yang tidak terhingga, lembut isinya sampai ke tulang, anak-anak pun macam tak puas makan!
Terima kasih buat Rohah dan Wana, kerana sudi kongsi resepi yang lazat ini.
23 comments
ayam panggang rosemary ni memang sedap. suka sangat makan. nani selalu ratah2 je ayam ni. agaknya kalau makan dengan nasik ayam lagi sedap tu.
BalasPadambaca cara2 nya pun dah terliuq . .
BalasPadamBagus juga idea gandingan nasi ayam dengan ayam panggang rosemary. Mesti sedap ni.
BalasPadamaslmkm kak...esok buat lg ye..ni dah mlm sure dah habis..hihi
BalasPadamAssalam, amie, tgk nasi pun dh menyelerakn, apa tah lg mkn ngan ayam rosemary lg sodap
BalasPadamlaporrrrrrrrr
BalasPadamperut ni bunyi krukkkk krakkk
salam amie...
BalasPadamserius nampak sedap sgt amie... mmg sesuai sgt dgn gandingan ayam, acar dan nasi tu... boleh cuba satu hari nanti!!
kak amie,sedap je nampak ayam rosmary tu....dimkn pulak dgn nasi ayam,acar timun pun ada,fuhhh,selera betullll....
BalasPadamSalam amie..lapar la perut atie singgah kat sini mlm2 nih.:)
BalasPadamcantiknya nasi tue ..akk amie guna beras basmati brd apa?..panjang2 lg..gandingkan dgn ayam rosemry..mmg klu mkn rasa x cukup tu kak..mabless:)
BalasPadamNani,
BalasPadamni kak Amie panggang 3 bahagian peha pun anak-anak kata tak cukup!
Cik Bunga,
mudah saja ye nak buatnya Cik Bunga.
Hazila,
Alhamdulillah, licin!
Anna,
BalasPadamwaalaikumussalam... memang kena buat lagi nih he he hehh.
Rosa,
waalaikumussalam,
syukurlah dapat diterima seisi keluarga, licin habis Rosa!
Kasih,
jom makan Kasih...
Wana,
BalasPadamterima kasih Wana, kerana sudi kongsi resepi ayam panggang tu... alhamdulillah, sedap memang sedap!
Myda,
cuba kreativitikan resepi, syukurlah rasanya pun memang sedap!
Atie,
meh makan sama Amie Atie...
Zila,
brand apa ye (kelmarin habis dah satu bungkus tu, dah buang karungnya)... tapi basmathi extra panjang punya (Prince of Rice)
Sangatlah menarik, bagus entry ni, memang bercadang nak buat nasi ayam raya korban ni....
BalasPadamslm Kak Amie...
BalasPadammnarik la QH tgk menu nasi ayam n ayam rosemary tu...bleh dijadikan sbg hidangan raya haji nti ni...
ala kakak, macam nak makan lagi tgk peha ayam possing kat pinggan tu..suka harumannya..menusuk kalbu..
BalasPadamsama menu lunch sy semalam..:)
BalasPadamsedapppnyerrr...;)
BalasPadamgeram tgk nasi yg panjang2 tu.hehe
laparnya sy tgk ni....
BalasPadamdpt gigit ayam rosemary tu lupakan semuanya he he
sedappp
sedapnya...
BalasPadamkak amie guna beras basmathi ke kak, panjang2 nasinya:)
Amie,2-3 hari tak jengah dapur Amie, terasa rindu-rinduanlah pulak, singgah2 je ada ayam panggang Rosemary pulak, terliur den!
BalasPadamehem sedapnya kalau dpt makan nasi ayam dgn aayam panggang rosemary.... :)
BalasPadamErm sedapnye..mmg cari resepi ni..wajib mencuba...tq for sharing..
BalasPadam