Ikan Merah Masak Kari Mamak Style - Resepi Chahaya Sheila

7:53 PTG

Assalamualaikum.
Petang tadi Amie cuba resepi istimewa dari dapur SPICES JOURNEY. Agak lama juga Amie meneliti resepi kari ikan yang dimasak oleh Sheila. Berkunjunglah ke dapurnya, pasti anda terliur melihat paparan kari ikan mamak style yang sungguh istimewa! Warna kari Sheila memang cantik, kuahnya berlinang-linang dan mengecurkan liur. Bagaimana pun Amie perlu berpuas hati jugalah dengan hasil air tangan Amie walaupun tidak secantik dan mengancam seperti yang Sheila hasilkan, tapi bila anak-anak kata hasil air tangan Amie sedap, maknanya memang boleh diterima. Mungkin ada beberapa perkara yang perlu Amie perbaiki kerana Amie terlebih bubuh santan sedangkan santan yang digunakan oleh Sheila hanya 100ml sahaja! Jadi, warna kuah kari tenggelam dicerahkan oleh santan! Dan satu lagi,  Amie gunakan rempah kari bukan Ali Babas. Yang lain, memang 100% Amie aplikasi sepenuhnya resepi dan langkah demi langkah yang Sheila berikan sebagai panduan. Disebabkan anak-anak dan Encik Suami sudah menunggu dengan nasi terhidang di atas meja makan, Amie pun terlupa memasukkan terung goreng, kacang bendi dan cili hijau ke dalam masakan. Bila nak tangkap gambar, baru teringat.... jadi hasilnya seperti di bawah ini!


Apa pun terima kasih banyak-banyak ye Sheila... nampak benarlah kerja orang kelam-kabut berbanding dengan kerja penuh komitmen macam Sheila ye.... he he hehh. Untuk resepi dan cara memasakanya, sila ketuk pintu dapur Sheila - Spices Journey. Di situ anda akan memperoleh panduan serta maklumat lanjut mengenai resepi yang lazat ini. Istimewanya, Sheila menambah beras sangai yang ditumbuk halus ke dalam kuahnya. Memang ada kelainan pada rasa masakan ini. Amie gunakan ikan merah, bahagian kepala dan juga beberapa keping isi.



Kepala ikan di atas tu Amie dan Encik Suami yang ratah. Anak-anak makan isi ikan.



Ha... yang di atas ni Amie nak hantar ke rumah Sheila... jom ikut Amie!

12 comments

  1. slm cygg Kak Amie..
    resepi ni QH tgk dah ramai jugakkan yg cuba...msti sedap ni..tgk pon dh tau..
    QH pon ade simpan jugak resepi ni..nth bile nk try..hihi

    BalasPadam
  2. Assalam Amie.
    Sedapnya kari ni makan dengan nasi panas2.Cicah dengan lempeng pun sedap kari ni Amie.

    BalasPadam
  3. as salam

    saya pun teringat lempeng bila tengok kari :)

    BalasPadam
  4. Assalam Amie ku sayang.. terharu baca alkesah kari mamak ni.. tadi dlm keta payah nak mengomen.. balik terus kejor on lappy ni.. hehee..

    Apa apa pun terima kasih kerana memberi kepercayaan pada saya dan sudi mencuba resepi Kari ni yer.. lap uuu.. muahhh..

    Bab amik gambor tu samalaa kita, memang cukup tak tentu arah bila anak n hubby dok tunggu dengan muka lapar dorang tu.. apa yang dan jerlah yang ditekan.. hehee..

    BalasPadam
  5. Daun kari pun terlupa jugak ker? alahai... memang kena potong markah niii

    BalasPadam
  6. owhhh sedapppnye..kari mesti buat sminggu skali kt umah nie..best resepi nie..nnt2 nk cuba jgk.

    BalasPadam
  7. Qasey,
    salam cayanggg.... ada kelainan dalam resepi ni Qasey terutama aroma beras tumbuk tu...

    Norzie,
    waalaikumussalam... betul tu, tinggal kuahnya je ni...boleh cicah lempeng!

    Tihara,
    sedapkan kuah kari cicah lempeng!

    BalasPadam
  8. Sheila cayangggg.... tu la pasal lain kali kena ikut betul2 arahan, kalau 100ml santan, 100ml juga yang diguna he he hehh tapi memag sedaplah Sheila, laik kali kalau nak buat memang nak sebiji sama macam kari yang Sheila buat tu!

    Azie,
    daun kari tak lupa, yang atas ikan tu aksesori aje... yang lupa terung, bendi dengan cili hijau je.

    Zila,
    memang kena cuba Zila cayanggg... ada kelaianan rasa dalam kari ini tau!

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. waduhhhhhhh....musim hujan ni mmng kena betul menu kari, bila petang je watkan lempeng cicah kuah kari..perghhhhh uweenaakkkkkk bangetttt....

    BalasPadam
  11. Aduyai, kecur airliur ni, ummi kalau kari kepala ikan boleh ratah je, best!!!

    BalasPadam
  12. Aduh, kari mamak ni boleh buat bocor periuk nasi kak Amie

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe