Telur Dadar Udang & Jagung

4:06 PTG

Kalau dah 9 hari tinggalkan rumah, bila kembali semula seolah-olah memulakan hidup baru pula. Apa tidaknya, sebelum tinggalkan rumah operasi pembersihan peti sejuk dilakukan, yang tinggal hanyalah saki-baki makanan yang tak sempat dihabiskan. Ini cerita hari pertama setelah balik beraya di kampung..... dan cara untuk selesaikan masalah ialah dengan makan di luar, tapi bila start kereta..... bateri pulak tak berfungsi! Dipendekkan cerita, masuk semula ke rumah.... masak nasi! Perut yang berkeroncong minta diisi segera. Syukurlah ada beberapa biji telur ayam yang tertinggal. Tengok bahagian atas peti sejuk, ada pula beberapa ekor saki-baki udang. Tengok lagi di bahagian bawah, nampak dua tiga biji lada hijau yang mula bertukar warna kemerah-merahan. Buka kabinet dapur, terpandang pula jagung tin. Okeylah tu..... buat telur dadar ajelah!



Ikan sepat kering di atas tu Amie beli di Pasar Malam Bukit Cheraka. Amie kukus saja atas nasi. Limau nipisnya pula, bonda yang bekalkan (ambil dari rumah Kak Halijah semasa beraya di Perak) dan sambal tempoyak (tempoyak bawa 2 kg dari kampung..... syukur tak keluar bau dari bagasi.) Di bawah ini Amie kongsi resepi Telur Dadar Udang & Jagung.

Bahan-bahan:
5 biji telur
10 ekor udang - buang kulit dan cincang
2/3 cawan jagung tin
1 labu bawang besar - cincang
1 biji lada merah - hiris
1 biji lada hijau - hiris
1 sudu serbuk pati ayam
minyak

Cara:
1. Pukul telur hingga kembang.
2. Masukkan semua bahan dan gaul hingga sebati
3. Panaskan sedikit minyak. Tuangkan adunan telur ke dalam kuali.
4. Masak dengan api perlahan hingga masak. 
5. Angkat dan potong ikut suka untuk dihidangkan.


Pada masa yang sama terjumpa juga secekak sayur kangkung. Suami pun hairan melihat keadaan sayur kangkung yang masih segar. Selalunya 3-4 hari letak kangkung dalam peti sejuk, keadaannya sudah tidak mengizinkan untuk dimasak. Agaknya sudah rezeki kami petang itu. Amie goreng dengan kerang. Kerang itu pulak memang Amie bawa dari kampung, siap berkopek! Masih dalam keadaan berais. Kebetulan ada lobak merah, campur sajalah jadi sayur cacamerba seperti di bawah ini.....


11 comments

  1. assalam amie..selamat hari raya, makan mcm ni lagi best dari mkn kat kedaikan, tambahan pulak perut dah apo

    BalasPadam
  2. ibarat menu terpaksa la ni ekkk
    curlastt akak express pow sedap gitew...ikan kering ayu suka mau plak goreng garing2...nk kena suruh umi pos la nanty :D

    BalasPadam
  3. Wah kreatif akak masak...walau bahan simple tapi nampak sedap..

    BalasPadam
  4. kalau dah lapar, menu simple pun jadi sedap..best pulak tengok menu telur dadar Kak Amie tu..copy resepi ya

    BalasPadam
  5. Salam Kak Amie...Wahhhh sepat masin..saya pun sukeeee....boleh bertambah nasi...

    BalasPadam
  6. smlm baru mkn telur dadar..tapi x lotak udang...huhu

    BalasPadam
  7. Kak Rosa,
    waalaikumussalam & selamat hari raya,
    kalau dah lapar masak apa pun rasa sedap je...


    lady Ayu,
    makan ikan kering jugak ye... wah nampaknya berganda-ganda harga ikan kering yang dipos naik kapal terbang... he hehehh

    Qema,
    bila dah terdesak, memang keluar segala kreativiti hi hi hiiii

    BalasPadam
  8. maklong tengok ikan sepat kering tu yang tak tahan tu.. hehe..

    BalasPadam
  9. Ixora,
    sila...silakan copy...


    Sue,
    suka sepat masin ye... tak semua tempat boleh dapat ikan ini ye Sue, kak Amie pun bawa dari semenanjung nih...

    Papa Mifz,
    tak kisahlah tak lotak udang sebab telur dadar bubuh apa-apapun memang sodap!

    BalasPadam
  10. hmmm...lagi cepat dpt makan di rumah berbanding di kedai...menunya pon bleh tahan!! terliur tengok sepat tu...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe