ADSENSE

Isnin, 16 Mei 2016

Ayam Panggang Sauce Barbeque Oriental

Ayam panggang lagi...
Maaf.... anda tak salah masuk dapur... memang ada hidangan ayam panggang! Kalau dah Encik Suami bawa pulang ayam sekor, kita pun tak ada fikiran lain melainkan masukkan saja dalam oven!  Maaf sekali lagi... balik-balik paparkan ayam panggang... dah tu bulat-bulat sekor! Bukan apa, lum sempat nak potong...anak-anak dah tak sabar nak makan!

Cara perapannya sama saja dengan resepi ayam panggang kita yang lain, cuma kali ini kita tambahkan Sauce Barbeque Oriental dan sos lada hitam.

 Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar berat antara 1.5-1.7kg – bersihkan dan toskan

Bahan A:
3cm halia - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
4 sudu besar Sauce Barbeque Oriental
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar stok ayam pekat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
½ cawan perahan jus lemon
                                 
Bahan B:
1 sudu besar kicap manis
2 sudu  besar madu

Cara:
1. Lumurkan ayam dengan Bahan A dan perap selama  8 jam dalam peti sejuk.
2. Panggang di dalam oven dengan menggunakan suhu 200’C selama 1 jam.
3. Keluarkan ayam panggang, dan sapu dengan Bahan B.
4. Masukkan kembali ke dalam oven dan panggang dengan api kecil selama 15 minit.
5. Tutup api oven, dan keluarkan.
6. Sedia untuk dihidang.

Seperti biasa, kita padankan ayam panggang ini dengan sos lada hitam. Tapi kali ini tak berapa nak hitam... sebab sikit sangat bubuh kicap he he heee... Oh...yaa! Ada kentang dan lobak tu... kita rebus kentang dan lobak merah hingga 3/4 masak. Kemudian gaul sekali dengan bahan pemerap. Panggang sekali bersama ayam tadi. Kalau suka boleh tambahkan potongan bawang Holland.

Selamat menjamu mata....

5 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

kalau ayam panggang2 macam ni mmg amie lah orang nya yg expert kan
sopan sungguh ayam tu Mie hehee
tunggu lah ada masa nak try
nak try ni Uk susah ooo
ayam nya semua nya dah kena potong tak bestt
tak bolat lagi

Ayu berkata...

Assalam Amie,
cantik & berselera aje kita tengok ayam tu..
memang kalau kita pun tak sabar nak tunggu lama2 ..
heheh

Fadzillah berkata...

Sungguh menyelerakan... Amie.

Zulfa Zainal berkata...

Lazatnyaaaaaa

Zulfa Zainal berkata...

Lazatnyaaaaaa