Singgah di Agob Batu Tulug
8:49 PTG
Pagi Ahad 8 Mei 2016, kami meninggalkan Myne Resort kira-kira pada pukul 10 pagi. Perjalanan diteruskan menghala ke Lahad Datu.
Entah berapa puluh kali atau berapa ratus kali melintasi Agob Batu Tulug yang terletak di Batu Puteh, daerah Kinabatangan.... kali ini tergerak pulak hati untuk singgah sebentar di sini!
Pemandangan dari arah Lahad Datu ke Sandakan.
Jom masuk...
Selamat datang ke tempat persemadian... tempat letaknya lebih kurang 125 buah keranda kayu balak yang berusia di antara 700 hingga 900 tahun!
Untuk ke muzium tempat keranda tersebut dikenakan bayaran sebanyak RM2 sahaja. Kita dan beberapa orang rakan duduk-duduk saja di bawah sementara menunggu rakan yang lain mendaki ke atas. Naik tangga saja...setinggi 39 meter. Hmmmm...rasa sakit betis memanjat bukit sewaktu jungle walk di Kampung Bilit, Sukau masih terasa!
Kita baca saja tentang sejarah Batu Tulug di bawah ini. Ada pun Agob Batu Tulug bermaksud Gua Batu Tulug. Ia merupakan gua batu kapur dengan ketinggian 40 meter. Ada tiga buah gua utama iaitu Agob Sawat (Gua Atas), Agop Lintanga (Gua Tengah) dan Agob Suribak (gua Bawah). Ada satu lagi gua bersaiz kecil yang terletak di di lereng yang tinggi berhampiran dengan lereng kemuncak bukit iaitu Agob Limunduk.
Jarak Gua Batu Tulug ini kira-kira 800 meter dari tebing Sungai Kinabatangan.
Terima kasih James, sudi kongsi gambar di sini. Ini adalah antara keranda kayu balak yang terdapat dalam gua tersebut. Menurut rakan-rakan yang memang penduduk tempatan di Sabah, dahulu (semasa lawatan sekolah mereka), pelawat boleh membuka keranda dan melihat rangka manusia di dalamnya tetapi kini tidak lagi dibenarkan berbuat demikian. Kita tanya, apa ada dalam gua selain keranda kayu balak yang diukir dengan pelbagai motif fauna seperti bentuk kepala kerbau itu..... mereka kata sudah tentulah ada penghuni istimewa! He he hee...penghuni istimewa dalam gua sudah tentulah kelawar! Adeeehhhh.... teringat hamparan saujana mata memandang tahi kelawar di Gua Gomantong yang semerbak itu!
Antara lain, pemandangan di atas bukit Gua Batu Tulug.
Sebenarnya...
Banyak yang kita fikirkan... banyak perkara yang bermain dalam benak kita ketika berada di sini.
Dengan ketinggian mencecah 40 meter... berapa orang agaknya yang memikul sebuah keranda kayu balak ini? Beberapa tahun lalu kita pernah ke Hutan Simpan Lembah Danum. Di situ kita pun melihat bentuk keranda yang sama...yang diperbuat dari kayu balak juga. Errmmm... memang sesuailah tempat ini di jadikan muzium arkeologi!
Entri lain berkaitan catatan perjalanan ke Sukau:
2 comments
Assalam Amie..
BalasPadamwah kalau kitalah tak sanggup nak panjat gunung setinggi itu..
kaki/betis pasti sakit..tak larat ler..
terimaksihlah Amie ada ambil gambar..dapat juga kita tengok..
kalau nak harapkan kita pergi kesana entah bilalah kan..
Sabah & Sarawak kita belum sampai lagi..:(
kaknoor pun rasa nya mmg tak akan sampai kesini
BalasPadammemandangkan kaki yg dah season ni
jalan rata pun sakit kalau banyak jalan
apa lagi kalau nak tinggi2 mcm ni
SERENDER LAH HEEE