Bermalam di Myne Resort : Suasana Santai di tepian Sungai Kinabatangan!
5:52 PTG
Perjalanan diteruskan..
Setelah lebih kurang 1 jam berada di kawasan Gua Gomantong, kami terus menuju ke Kampung Bilit.
Dari jauh.... sudah terintai-intai suasana resort di tepian Sungai Kinabatangan!
Keluar saja dari kereta, mata terus terpandang buah avokado terjuntai di perkarangan resort! Sedapnya kalau dapat sebiji dua yang sudah masak...boleh makan dengan aiskrim!
Tapi... masih mudalah!
Pinjam tangan Nano untuk ambil gambar buah avocado...
Sementara menunggu untuk mendapat kunci bilik masing-masing, lepak-lepak dulu di beranda berhampiran Sungai Kinabatangan.
Nyamannya berayun-ayun dalam buaian ditiup angin sungai!
Ambil kesempatan cas apa yang patut.... he he heeee..
Perut yang lapar memang elok benarlah diisi!
Terima kasih banyak Fauzan!
Rajin benar adik kita yang satu ini... siap bawa bekal ubi rtebus cicah kelapa parut lagi! Sandwich pun dibawanya juga.... Apa lagi! Rezeki jangan ditolak...
Pihak resort menyediakan minuman sepanjang waktu berada di sini. Elok sangatlah kalau dapat secawan kopi makan dengan ubi rebus!
Mmmm.... mana nak cari dalam dunia serba moden ni...hidangan yang begini menyelerakan! Walaupun sepatutnya dijadikan sarapan pagi, tapiu kami makan di kala tengahari...di waktu perut sedang hebat berkeroncong!
Teruja nak tengok bilik masing-masing!
Apa pun... habiskan dulu ubi rebus!
Sedap sungguh makan ramai-ramai ni!
Semua dah kenyang makan ubi rebus!
Masa untuk terima kunci bilik....
Kita dapat chalet 12 Takalis... apa benda Takalis tu? Nama pokok hutan kot...
Assalamualaikum...
Kami...3 orang sebilik.
Kita, Kam & Nano.
Ada 15 buah chalet di sini dan sebuah long house atau rumah panjang yang mempunyai 6 pintu. Honeymoon suite pun ada di sini ye...
Ada 15 buah chalet di sini dan sebuah long house atau rumah panjang yang mempunyai 6 pintu. Honeymoon suite pun ada di sini ye...
Antara kemudahan yang disediakan.
Tilam / katil ektra pun disediakan. Papan sterika pakaian pun tersedia dalam bilik.
Jom... tengok bilik air.
Rasa macam nak mandi... tapi masa sangat terhad! Lagi pun... kalau dah rasa nyaman, mesti tertidur punya.... sedangkan kami dijadualkan makan tengahari pada pukul 1, dan seterusnya mengikuti aktiviti jungle walk dan menyrusuri Sungai Kinabatangan dengan menaiki bot pada petang itu.
Ambil wudhu' dan solat Zohor.
Oooo... peti simpanan pun ada juga!
\
Jom tengok bahagian luar pulak. Memang sungguh santai...disediakan dua buah kerusi serta meja di anjung...
Ada pintu untuk ke bilik sebelah... kalau bawa keluarga boleh pilih bilik begini. Senang berkomunikasi dengan ahli keluarga.
Jom tengok di sebelah kiri chalet kita.... ada pokok belimbing berbuah lebat! Dan juga sebuah chalet yang kedudukannya lebih rendah dari chalet kita.
Tengok sebelah kanan pulak.....ada anak tangga menuju ke chalet yang lain.
Pandang depan pulak...
Terbentang Sungai Kinabatangan!
Tunggu.... petang ini kami akan redah kamu untuk memburu sang bedal!
Telefon berdering...
Lunch time!
Kami pun turun ke dewan makan!
Walaupun perut sudah penuh dengan ubi..... masih ada ruangan untuk nasi!
Cantik!
Pemandangan matahari terbenam di tepian sungai.
Gambar diambil semasa dalam perjalan pulang menyurusri Sungai Kinabatang selama 2 jam.
Senja...
Hai Misa... Hai Su....
Sementara menunggu rakan yang lain untuk makan malam, kami mengambil angin malam sambil berbuaian di tepi sungai.
BBQ...
Aktiviti malam selepas kami pulang dari night safari.
7 Mei 2016
12.00 pm : Check in
13.00: Lunch
14:30 : Jungle walk
15.30 : Tea break
16.00 : River cruise
10.00 : Dinner
Rest or optional activity night safari
8 Mei 2016
8:00 am : Breakfast
After breakfast prepair for check out ... check out time : 10.00 am
Harga penginapan untuk 1 malam per kepala : RM200 (cuba dapatkan harga potongan dari pemilik resort sekiranya anda datang beramai-ramai atau bersama keluarga).
Untuk aktiviti night safari, bayaran akan dikenakan sebanyak RM50 per kepala.
Entri berkaitan catatan perjalanan ke Sukau :
GUA GOMANTONG : JOM MASUK!
BERMALAM DI MYNE RESORT : SUASANA SANTAI DI TEPIAN SUNGAI KINABATANGAN
Entri berkaitan catatan perjalanan ke Sukau :
GUA GOMANTONG : JOM MASUK!
BERMALAM DI MYNE RESORT : SUASANA SANTAI DI TEPIAN SUNGAI KINABATANGAN
1 comments
Cantik resort dia. Bersambung ada canopy mudah nak bergerak kalau hujan.
BalasPadamKalau tak silap masa pergi memang perasan ada beberapa Lodge pemilik berlainan dekat area Bilit ni.
Lain tempat di Bilit ni dari kami pergi 2 tahun lalu.
Thank you for sharing Kak.