Menikmati Sajian Tengah Hari, Minum Petang, Makan Malam dan Bersarapan di Myne Resort

9:46 PTG

Kami bergegas turun apabila diberitahu hidangan tengahari telah disediakan. Bagaimanapun, kami agak terlewat ...sepatutnya makan pada pukul 1 tengahari tapi kami duduk di meja makan hampir pukul 1.30 tengahari...



 3 buah meja dirapatkan untuk memuatkan kami 14 sekawan....


Wah!
Nampaknya hidangan yang disajikan merupakan hidangan yang menyihatkan!
Kami disajikan dengan 2 jenis lauk dan 2 jenis sayur!
Juga semangkuk sup tauhu dengan sayur asin!

 Filet ikan..... goreng bertepung dan barangkali dituangkan sos oren / lemon  sebab warnanya kuning pekat dan rasanya agak manis.

 Ayam masak kurma.

 Sayur kacang panjang.

 Sayur sawi manis.

 ...dan semangkuk sup!

Kita tanya...
Ada cili tak? He he heee... nak juga yang pedas-pedas.
Kata pelayan di situ : Tak ada. Tapi ada cili besar.
Tak lama kemudian dihidangkan hirisan cili merah besar dengan kicap cair di setiap meja makan kami. Terima kasih banyak kerana berusaha untuk memenuhi kehendak pelanggan!
Sebelah malamnya juga, tanpa dipinta...hidangan disajikan disusuli dengan kicap dan hirisan cili merah. Mungkin mereka tidak ada simpanan cili padi.... 
Tempat ini jauh.... jauh masuk hutan!

 Pencuci mulut : hirisan tembikai dengan betik.

Nampak macam habis licin!
He he heee.... katanya perut dah kenyang dengan ubi rebus, tapi jumpa nasi...sumbat juga! Selepas makan, kami dijadualkan mengikuti aktiviti jungle walk. Tapi terpaksa menunggu dua orang lagi rakan.... yang terttidur dalam bilik!


Haaa... inilah dia Fauzan dan james yang ditunggu akhirnta tiba di meja makan setelah semua selesai mengisi perut! 
Lebih kurang puku 2.30 petang kami memulakan jungle walk dan seterusnya kembali semula ke ruang makan untuk minum petang.

 Minum petang....

Cukuplah dengan secawan kopi panas serta sepotong kek buah. Minum di tepi sungai!
Kemudian kami pun menyusur Sungai Kinabatangan mencari dan memburu apa yang patut...buaya...monyet...gajah... itu pun kalau terjumpa!

Setelah 2 jam berada di dalam sungai, kami mendarat menjelang senja.
Nampaknya meja makan kami sudah disediakan untuk hidangan malam pula. Selepas solat Maghrib kami turun semula untuk makan malam.

Seperti hidangan tengahari, hidangan malam juga membawa senarai menu yang sama iaitu 2 jenis lauk dan 2 jenis sayur!

 Kali ini...ayam masak kicap, ikan dori masak lemak, sayur terung dan sayur kobis.

 Tidak ketinggalan semangkuk sup... cream & stok ayam! Sedap!

 Dan pencuci mulut : Hirisan tembikai.

Aktiviti kami seterusnya ialah night safari dari pukul 8.30 - 10.30 malam. Pihak resort membantu kami menyediakan bara api untuk BBQ pada malam itu. Kononnya sebaik sahaja kami sampai dari aktiviti night safari, kami akan makan-makan sayap ayam panggang! Ada di antara rakan kami yang tidak menyertai night safari. Kedengaran riuh rendah bermain 'pool! Ayam panggang pula jangan sampai hangus...syukur Alhamdulillah! Sebaik kami kembali dari night safari, walaupun yang lain sudah menghilangkan diri ke dalam bilik masing-masing, beberapa orang pekerja resort sudi menjaga sayap panggang kami!

Sayap ayam ini kami bawa sendiri. Pihak resort membantu memerap.

Terima kasih daun keladi!
Baik sungguh hati para pekerja resort di sini!
Walaupun tak ada arang, mereka sanggup keluar berkilo meter jauhnya untuk beli arang semata-mata untuk memenuhi permintaan kami!
Sebelum itu, mereka telah bertanya kepada kami... sekiranya memerlukan apa-apa bantuan terutamanya memasan makanan yang dimasak, mereka boleh bantu setakat pukul 8.30 malam sahaja, sebab mereka akan pulang ke kuaters masing-masing.

Malam itu...
Penat jungle walk, penat menyusur sungai, penat bernight safari....
Kita tidur bagai dibuai-buai...
Rasa tak boleh buka mata di kala pagi menjelma!
Tapi gagahkan diri juga bangun menjenguk ke luar jendela melihat kabus pagi!


 Turunlah kami dari kayangan....





 Hidangan sarapan pagi.

Rasa macam berat hati nak tinggalkan resort ini.
Pekerjanya baik-baik belaka!
Makananya yang dihidang semuanya jenis masakan yang sihat dan berkhasiat!


0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe