Sepetang Menyusuri Sungai Kinabatangan
6:36 PTG
Myne Resort...
Letaknya di Kampung Bilit di pinggir Sungai Kinabatangan ... sungai terpanjang di Sabah! Sungai kedua terpanjang di negara kita. Panjang....sepanjang 560 km! Suatu ketika dahulu Sungai Kinabatangan merupakan laluan utama kayu balak yang dihanyutkan dari hutan. Bukan sahaja Myne Resort yang dijadikan pusat penginapan para pelancong, tetapi sebenarnya banyak resort lain yang dibina di kampung ini. Kampung Bilit...namanya diambil sempena nama sepohon pokok...pokok kabilit.
Pengunjung yang datang ke sini tidak mungkin melepaskan peluang mengalami sendiri menyusur Sungai Kinabatangan ....sebab aktiviti river cruise termasuk dalam salah satu aktiviti dalam pakej. Kewujudan flora dan fauna di sepanjang sungai merupakan tidak mungkin dapat disaksikan di semua tempat di negara kita!
Apa yang boleh kita temui sepanjang menyusuri Sungai Kinabatangan ?
Ikan patin?
Udang galah?
Buaya?
Biawak?
Burung bangau?
Jooooommmmm.... masuk bot ramai-ramai!
Pihak resort menyediakan 2 buah bot untuk kami. Sebuah bot boleh memuatkan sehingga 12 orang penumpang. Asyik sibuk ambil gambar sana sini, akhirnya kita tertinggal di belakang.
Kawan-kawan yang lain sudah mendahului kita belayar menyusuri sungai.
Kita naik bot berempat...dengan James dan pengemudi bot di belakang sanun...
Fauzan dan juga...
si Misa yang manis!
Antara lokasi sungai yang bakal disusuri....
Ada sebuah dua bot dari resort lain pada petang itu.
Bot perlahan-lahan menyusuri sungai.
Kadang-kadang berhenti untuk seketika bagi membolehkan kami mengambil gambar dan melihat sendiri hidupan liar di pingir sungai ini seperti pelbagai spesies monyet.
Ada monyet Belanda...
Apa perasaan berada dalam bot di tengah-tengah sungai?
Tentulah macam-macam rasa...
Bayangkan air sungai yang likat pekat! Kuning!
Permukaan sungai yang lebar, airnya mengalir tenang, saujana luas mata memandang dan kedalamannya tidak terjangkau!
Sesekali bertembung dengan kayu hanyut yang kami sangkakan sang bedal!
Bot yang membawa seramai 12 orang rakan kami berhenti di suatu tempat. Kelihatan tangan-tangan melambai kami supaya mendekati tempat tersebut.
Oh! Rupanya mereka ternampak gajah!
Jika sesiapa ingin mengambil gambar gajah tersebut, lampu kamera tidak boleh digunakan kerana akan mengganggu haiwan yang sedang enak meragut rumput itu.
Tidak lama kemudian sebuah bot pelancong tiba ke tempat kami...
Gajah ini dikatakan kehilangan ahli kumpulannya dan berkeliaran bersendirian di dalam hutan!
Ia seekor gajah betina!
Macamana nak tahu jantina gajah?
Gajah jantan ada belalai. Gajah betina tak ada belalai!
Teruja benar mat saleh di belakang kami tu.
Eh! Ada lagilah sebuah bot meluru laju dari arah belakang mereka!
Gajah betina yang kehilangan ahli kumpulan ini nampaknya tidak ingin berlama-lama di tepi sungai berhampiran kami... Perlahan-lahan posisinya mula berubah.
Dia pun pergi meninggalkan tempat ragutnya...
Bila kita toleh sekali lagi ke belakang...bertambah pulak bot pelancong!
Entah bila tibanya...tidak disedari!
Walaupun gajah sudah masuk ke dalam hutan, namun bot-bot pelancong masih berganjak di situ! Kami dikatakan bernasib baik kerana ketika ini bukan musim gajah keluar ke tepi sungai. Bila musimnya tiba, sekumpulan gajah dikatakan akan berada di sini dalam jumlah yang banyak! Antara 30-50 ekor!
Terserempak lagi dengan bot yang membawa pelancong asing.
Tumbuhan yang kita kenali di tepi sungai...terapung-apung dibawa arus sungai: Tak lain tak bukan pokok keladi bunting.
Bangau putih banyak berterbangan di sepanjang sungai.
Tiba di kawasan sang bedal...
Petang itu kami tak jumpa pun sang bedal...
Atas ehsan Dodi, sekali lagi sanggup dikongsinya gambar sang bedal yang baru diambilnya beberapa hari yang lalu.
Inilah aksi sang bedal yang sempat Dodi rakam.
Nampak santai jew sang bedal di tebing sungai. Katanya sang bedal ni haiwan pemalu! Biarpun pemalu, tapi barannya tak boleh nak cakap kalau tempatnya diceroboh!
Wokey...
Hari sudah menjelang senja!
Perlahan-lahan bot berpatah balik untuk kembali ke resort.
Bot kami beriringan tapi kita banyak tangkap gambar bot yang bawa 12 orang rakan kita tu. Nampak cantik sangat suasana pada senja itu!
Sampailah kami ke tebing resort.
Jumpa lagi...
Aktiviti night safari malam nanti!
Entri lain berkaitan catatan perjalanan ke Sukau:
3 comments
Amie..seronoknya dapat melawat melihat pemandangan yang cantik..
BalasPadamtapikan.acik memang penakut naik bot..memang acik sanggup tinggal dalam resort camtu la tak beraninya acik
Bestnyerrr....chantek2 pemandangannya....bila nak merasa pegi tempat2 nih....
BalasPadamBestnyerrr....chantek2 pemandangannya....bila nak merasa pegi tempat2 nih....
BalasPadam