Risotto Bebola Ayam
3:42 PTGAda sesiapa yang pernah mencuba hidangan Risotto Bebola Ayam? Kalau belum pernah, jemput menjamu mata di dapur Amie ye...
Hidangan ini cukup ringkas dan mudah. Sebelum ini Amie pernah mencuba resepi ini DI SINI. Selain ringkas dan cepat disediakan menu ini juga sangat sedap, dan sesuai sebagai pilihan untuk menjimatkan waktu yang panjang di dapur.
Resepi : Risotto Bebola Ayam
Sumber : Aneka Hidangan Nasi oleh Sa'adiah Mohamad
Bahan-bahan:
1 kg beras dibersihkan - Amie gunakan 4 cawan rice cooker beras basmathi dan direndam 10 minit
700ml stok ayam - Amie gunakan 3 sudu makan stok ayam pekat + 4 cawan air sukatan cawan rice cooker
200 gram bebola ayam - Amie gunakan 450 gram
100 gram jagung manis - Amie gunakan 1 tin jagung manis
1 kiub pati ayam
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
sedikit serbuk lada sulah
garam
bawang goreng
minyak
Bahan hiris:
2 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cam halia
Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali - Amie gunakan rice cooker. Tumis bahan hirisan, buah pelaga dan kulit kayu manis.
2. Masukkan bebola ayam, jagung manis, cili merah, serbuk lada sulah dan garam. Gaulkan supaya rata.
3. Masukkan kiub pati ayam dan stok ayam secukupnya - Amie masukkan 3 sudu makan stok ayam pekat bersama 4 cawan air.
4. Apabila mendidih masukkan beras dan masak hingga nasi kering.
5. Ketika menghidang, gaulkan nasi ini dengan bawang goreng.
Seisi keluarga kecil kami malam dengan penuh selera hidangan Risotto Bebola Ayam selepas solat Jumaat. Amie sediakan juga lauk lain dan sayur.... semuanya licin... alhamdulillah.
8 comments
macam best je risotto ni...tapi stok bebola ayam tu baru je habis...kalau beli nanti boleh jugak cuba ^^
BalasPadamK.Amie nampak sedap jer ni...adda nak copy resepi la..nk cuba jgk..
BalasPadamRisotto....belum prnh try lagi...ada bebola ayam..sure budak2 suka ni...simpan dulu resepi ya kak amie...nnti kite buat...:-)
BalasPadamnak trylah! nmpk sedap
BalasPadamsalam kak amie..
BalasPadampenah dengar nama risotto ni tapi blm penah makan..apapun, memang nampak sedap.
sedapnya kak, 1st time saya dengar nama menu ini, nmpk simple namun menyelerakan
BalasPadamnampak cam sedap jer....
BalasPadamAslmkum Amie
BalasPadambelum pernah cuba masakan risotta ni...nampak menarik resepinya..