ADSENSE

Selasa, 7 Mei 2013

Nasi Lemak Sambal Ayam Hijau

Assalamualaikum.
Selamat petang semua.... tentu rakan-rakan pengunjung  baru sahaja menikmati hidangan tengahari. Amie's Little Kitchen mengongsikan hidangan Nasi Lemak Sambal Ayam Hijau untuk paparan kali ini. Terakhir, Amie paparkan menu NASI LEMAK SAMBAL KUPANG pada Februari lepas. Jika sesiapa yang ingin mencari pelbagai resepi nasi lemak bolehlah klik DI SINI. Ada 13 jenis nasi lemak telah Amie paparkan tidak termasuk Nasi Lemak Sambal Kupang. Dan untuk menu nasi lemak hari ini, nampaknya sudah 15 jenis nasi lemak dalam koleksi Amie's Little Kitchen.


Hidangan Nasi Lemak Sambal Ayam Hijau di atas agak ringkas cara penyediaannya. Kalau nasi lemak tradisional, tentu ada sambal ikan bilis, kacang tanah goreng dan telur rebus serta hirisan timun. Amie tidak gunakan ikan bilis, sebaliknya memilih lauk Ayam Sambal Hijau. 


Resepi : Nasi Lemak
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 cawan beras (Amie guna beras basmathi) - cuci dan rendam selama 10 minit dan kemudian toskan
5 cawan santan - Amie gunakan sukatan cawan yang sama digunakan untuk menyukat beras
1/2 cawan air tapisan jus daun pandan - gunakan 5 helai daun pandan yang dikisar dengan sedikit air

3 cm halia (dihiris atau diketuk pun boleh)

3 biji bawang putih (dihiris atau diketuk pun boleh juga)
2 kuntum bunga lawang
5 cm kulit kayu manis
sedikit garam

Cara:
1. Didihkan santan di dalam rice cooker bersama halia, bawang putih, bunga lawang, kayu manis dan jus daun pandan dan garam.
2. Masukkan beras dan gaul sebati. Tutup periuk.
3. Biarkan sehingga nasi masak.



Idea untuk masak Sambal Ayam Hijau timbul bila melihat banyak cili hijau di dapur yang tidak digunakan. Bila terpandang petai bertangkai-tangkai terbiar atas meja, Amie pun campurkan segenggam isi petai ke dalam sambal tadi. 

Resepi : Sambal Ayam Hijau
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg daging ayam - potong 10 ketul
1 genggam petai
1 cawan santan pekat
2 keping asam gelugur
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan kisar:
15 biji cili hijau
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
sedikit belacan

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging ayam dan gaul sebati. Setelah daging ayam layu, perlahankan api dapur dan biarkan kuah mendidih.
3.Masukkan asam keping dan santan pekat. Tambahkan gara / gula / perasa pilihan.
4. Setelah kuah pekat dan daging ayam telah masak, masukkan petai dan gaul rata. Apabila petai berubah warna, tutup api dapur.


Jom... selamat menjamu mata... jangan lupa lengkapkan hidangan nasi lemak dengan telur rebus, hirisan timun dan sebagainya.

12 ulasan:

Shiela berkata...

Sedapnyerrrr laaa Amieeee.. Laparrr..

Yati Ali1 berkata...

cam senang aje nak masak sambal ijo tu kak...sy kiv dulu ya resepi ni..

Ucu Faridah berkata...

haiiiyaaaa....kenapa lah dibubuh petai kt sambal tu....blh buat gila bayang tau....

kita serupa...nk pkai lens takut tercucuk mata, hahaha..

Mamasya berkata...

Aslmkum Amie
sedap nampak set nasi lemak Amie...special...letak gajus lagi..

JaSSNaNi berkata...

assalam amie...
banyak kali scroll up and down.. cari nasi nye... rupanya pakai berasssss panjangggggggggggggg!!!!!!!
huhh.. sedap betul sambal hijau letak petai lagi.. sib baik baru lepas makan.. walaupun terliur tapi ada had.. hahahaha

Mas berkata...

perhhh...mengancammmm

Zaitun berkata...

Sedapnya ayam masak hijau digandingkan pula dengan nasi lemak...

MulutPayau berkata...

Fuhhhhh...mmng betul2 terliur tengok.....

Nana Liena berkata...

wah..tak pernah rasa sambal hijau..nasi lemak tak pernah lg makan dengan kacang gajus..hehe..mesti sedap

Ayu berkata...

Assalam Amie,
waduhhh sedap nampak nasi lemak amie tu..berasnya panjang2 cantik dan berselera betul rasa nak makan nak tarik sepinggan dengan ayam masak hijau tu..:)

Bbwana adienia berkata...

kak amie..

first time tengok ayam sambal hijau ni tapi nampak menarik ja..

tun_telani berkata...

tun ni kan.. mmg jenis cari sambal ikan bilis bila makan nasi lemak.. huhu.. kurang makan petai, tp terliur jugak nengok ayam akk nih.