ADSENSE

Sabtu, 12 Januari 2013

Ikan Belais Goreng Berlada

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua. Hampir lewat petang baru berkesempatan untuk menyediakan lauk makan malam setelah berehat selepas pulang dari mengikuti bengkel GTP di Pusat Kegiatan Guru. Bukan main seronok lagi anak-anak bila melihat lauk Ikan Belais Goreng Berlada. Amie tambah beberapa biji sengkuang cina yang dipotong dadu dan digoreng hingga masak. Sebenarnya buah sengkuang cina ini hampir layu kerana terbiar beberapa hari, kononnya Amie nak buat kerepek tapi asyik tertangguh-tangguh!


Resepi : Ikan Belais Goreng Berlada
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan belais - bersihkan dan potong 2 - lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit, goreng hingga masak, angkat dan ketepikan
5 biji sengkuang cina - kupas - potong dadu dan goreng hingga masak, angkat dan ketepikan
minyak
1 sudu makan taucu
1/2 sudu teh pati asam jawa
garam / gula / perasa pilihan
1/2 cawan air

Bahan kisar kasar:
10 biji cili merah
sedikit belacan
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Tambahkan taucu, pati asam jawa dan air. Biarkan kuah menjadi pekat.
3. Masukkan sengkuang cina goreng, garam / gula / perasa pilihan.
4. Tutup api dapur.
5. Tuangkan kuah ke atas ikan dan sedia untuk dihidangkan.


Agak kerap juga Amie paparkan ikan belais tapi ada juga yang masih tertanya-tanya tentang rupa ikan tersebut. Jadi, Amie paparkan sekali lagi ikan belais seperti gambar di atas. Biasanya Amie masak seekor saja sekiranya bersaiz besar kerana beratnya melebihi 500-700 gram seekor.


Jemput makan ya...

2 ulasan:

faa.rosli berkata...

sedapnya!! lapar lapar lapar! :)

may agumo berkata...

sedapnya kak amie... makan dgn nasi panas2.. mau 2kali tambah jg tu.. hehe..