Sabtu, 19 Januari 2013

Agar-Agar Soya Jagung & Coklat

Assalamualaikum.
Malam ini Amie kongsikan satu menu ringkas tetapi sangat enak untuk dinikmati. Sebenarnya hari ini dapur sunyi sepi ditinggalkan dari pagi, sebab ada tugasan di sekolah hingga tengahari, dan sebelah petangnya pula Amie berkejar ke Bakers Shop untuk menimba lagi ilmu masak-memasak. Tak pergi sayang pula sebab sebelah pagi sudah tertinggal dari mengikuti resepi 4 jenis pudding cake, dan petang tadi sempat belajar 3 jenis kek tapi nampaknya agak letih, jadi tak sempat nak praktiskan di rumah sebab kali ini keknya canggih-canggih belaka! Esok pula dari pagi hingga petang, ikut kelas buat 14 jenis donut. Memang rugi kalau tak pergi sebab hari ini dan esok kelas masakan di kendalikan oleh Chef Khoo yang diterbangkan khas dari semenanjung.


Agar-Agar Soya Jagung & Coklat ini Amie ingat nak simpan sampai esok dalam peti sejuk, tapi Encik Suami asyik bertanya bila boleh dimakan? Maklumlah, dari petang tadi asyik menghidu bau harum soya jagung, jadi biarlah dia merasmikan dulu malam ini. Amie cuba olah dengan membuat kombinasi susu soya jagung untuk satu lapisan dan satu lapisan lagi Amie gunakan susu coklat segar ditambah dengan 100 gram coklat masakan. Amie tidak tambah gula untuk kedua-dua bahagian ini.Cukuplah dengan rasa manis-manis manja daripada soya jagung dan susu coklat segar!

Resepi : Agar-Agar Soya Jagung & Coklat
Olahan : Amie's Little Kitchen


Bahan A:
1 liter air soya jagung
10 gram serbuk agar-agar

Bahan B:
1 liter susu coklat segar
10 gram serbuk agar-agar
100 gram coklat masakan - potong kecil-kecil

Acuan agar-agar 

Cara:
1. Campurkan Bahan A di dalam periuk dan masak hingga mendidih.
2. Tuang ke dalam acuan yang dikehendaki.
3. Sejukkan - boleh masukkan dalam bahagian sejuk beku selama 5-7 minit sementara menunggu Bahan B masak.
4. Campurkan kesemua Bahan B di dalam periuk dan masak hingga mendidih dan coklat menjadi cair sepenuhnya.
5. Keluarkan Bahan A yang sudah disejukkan dan tuang Bahan B ke atasnya. Sejukkan kembali.
6. Enak dinikmati setelah beku dan dingin.



11 ulasan:

azieazah berkata...

Berhias dgn daun hijau, macam boleh buat hantaran pengantin pula...

Ohh saya suka agar-agar!

Amie berkata...

Azieazah,
he he ehhh capai aje apa yang ternampak depan mata...

Nooriah Abdullah berkata...

salam Amie, dah nak masuk bilik ni tercium wangi agar2 ni singgah jab dah potong ke ni?? bak sepotong tak sabar nak rasa ni...mesti sedappppppppp

rahel berkata...

Salam Kak Amie..
pastinya nyaman sekali puding soya itew...terbayang-bayang sudah...hehehe...

faa.rosli berkata...

waa..ni sekali sedut je ni..hehehe

Asyifa Mustaffa berkata...

Bestnya akak join2 clas tu....sy pun trngin nak msuk klas2 cmtu....tp masih x berkesempatan lgi...

Cntiknya puding....potong la kak....bak mai skit....hehe...

Rohah berkata...

Panas cuaca di Klang pagi kak..enak jika disulam dengan puding ni...anyess tekak ku..

Shiela berkata...

Nyamannnn.. best klu dapat ni..

ummiross berkata...

Sedapnya Amie, nak cikit!!

mama berkata...

ehem nampak sedap..nak sikit..

Kak Am berkata...

suka tengok hasil air tangan amie mmg cntik dan menjadi, geram nengok agar2 tu..