Isnin, 17 Disember 2012

Ikan Siakap Masak Kari

Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Sudah makan tengahari? Apa agaknya lauk hari ini ye. Selalunya kalau ada ikan siakap, tak adalah resepi lain Amie nak masak selain kukus, goreng, atau masak sos. Rupa-rupanya bila Amie cuba masak kari, Ya Rabbi..... sedapnya tak terkata! Tak perlu gunakan pelbagai macam bahan sebagai perencah, cukuplah gunakan yang asas sahaja, dan yang penting rasanya cukup lazat dengan isi ikan siakap yang sungguh lembut! Kenapalah sebelum ini tak tahu betapa enaknya kalau ikan siakap dimasak kari!


Resepi : Ikan Siakap Masak Kari
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap  (800 gram) - bersihkan dan potong 4
2 cawan santan pekat
1 cawan air
5 sudu makan serbuk kari ikan - Amie tambah lagi 1 sudu serbuk kari daging
2 biji tomato - belah 2
2 biji cili hijau - belah 2
2 pelepah daun kari - lurutkan daunnya
1 sudu makan pati asam jawa
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
minyak

Bahan kisar:
10 biji cili kering 
5 ulas bawang putih
7 biji bawang merah

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya untuk menumis bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
2. Perlahankan api dan masukkan serbuk kari ikan serta serbuk kari daging dan daun kari.
3. Gaul rata dan tambahkan 1 cawan air serta pati asam jawa. Biarkan mendidih.
4. Masukkan santan pekat dan apabila kuah mula mendidih sekali lagi, masukkan ikan siakap.
5. Jangan masak terlalu lama kerana ikan siakap sangat lembut. Berhati-hati ketika membalikkan ikan siakap supaya tidak pecah.
6. Masak di antara 5-7 minit.
7. Masukkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
8. Masukkan tomato dan cili hijau.
9. Setelah santan pekat dan naik minyak, tutup api dapur.



Ringkas saja cara penyediaannya. Namun, dengan karinya yang pekat dan cukup rasa, menjadikannya hidangan yang sungguh enak!
P/S: Kebiasaannya kalau Amie masak kari memang Amie tidak bancuh serbuk kari menjadi pes, sebaliknya terus masukkan serbuk ke dalam tumisan tetapi gunakan api perlahan.

13 ulasan:

QASEEH HATIKU QASEEH berkata...

Aduh kak....tgh lapar ini mnunggu tym lunch hour....kecur air liur....mkn dgn nasi panas baru msk...mmg tmbh nasi 2x. ..

faa.rosli berkata...

alaaa...kalo masuk dapur akak ni tak melelh air liur tak sah!

sedapnya kari makan ngan nasi n cili kicap. perghhh! faa boleh hirup kari tu.

Tina Othman berkata...

kak amie

alahai sedapnya, naknya nampak kuah kari tu pekat je

haa lah kan, selalu kalau siakap samaada stim atau 3 rasa, nanti2 nak try lah kari kan dia

Mas Sani berkata...

bestnya...lauk kari mkn dgn nasi panas2...nyum..nyum...
cntik betul kari akk tu

dZana berkata...

aslmkum amie.. lama tak singgah dpur amie.. hrp tak kecil hati yer.. dr bln 11 hingga skrg saya duduk di kg.. smuanya terbatas, masa n internet juga.. huuu.. suke tgok amie masak2 lauk ikan.. smua nmpk fresh..

lina_pg berkata...

Assalam kak amie,yg ni memang xtaw ikan siakap leh wt kari.Selalu wt 3rasa,steam cmtu jer.Lenkali leh try kari lak

Sedap nampk kuah pekat cmni.

ummiross berkata...

memang tak pernah cuba buat kari siakap ni Amie, waa klu best bolehlah ummi cuba juga.

mama sara nur berkata...

assalam
masa sehat inilah feberet ayah sy...kari nak lg ikan siakap tp skrg kari doktor tak benarkan sgt
sy pun suker tp kena letak kicap sikit he he
wah hantu buah ye samalah kan blh leka bla menikmati duku langsat ni

wahida berkata...

sedapnya kak...tak pernah lagi mkn kari ngan ikan siakap...boleh try la pas ni...

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ berkata...

Geram betul tengok kari ikan tu dear!!! Uish...sedapnya...nak nasi lebih! :)

kasihredha berkata...

fuyooooo...sedapnya amie.
bila le dapat rasa masakan amie secara liVe :)

nur adha berkata...

sedapnye tgk kari akak...rancang nak masak kari juga sebab tak pernah masak kari ikan siakap...sedap ye kak..wajib masak utk lunch arini..

void-illusions berkata...

Dah try utk sahur tadi. Husband kata sedap. Thank u for the recipe! :)