ADSENSE

Selasa, 9 Oktober 2012

Apam Mentega Gula Hangus

Assalamualaikum.
Nampaknya hujan lebat sedang mencurah-curah di luar. Nyaman terasa, dingin saja suasana. Sesiapa yang sedang berteduh di Amie's Little Kitchen, sambil-sambil tu marilah kita nikmati secawan minuman panas dengan ketul-ketul Apam Mentega Gula Hangus. Makanlah berapa ketul pun... silakan, jangan malu-malu!


Hmmmm.... nak buat macamana! Banyak-banyak jenis apam, apam inilah juga yang jadi pilihan Amie! Entah kali ke berapa Amie buat, tak kisahlah.... sekadar menambah koleksi dan kenangan untuk anak cucu cicit akan datang dan buat sesiapa yang tercari-cari resepi ini.


Seperti biasa, resepinya Amie gunakan sama seperti yang lepas-lepas. Boleh semak di bawah atau klik DI SINI dan DI SINI.

Resepi : Apam Mentega

Olahan : Amie's Little Kitchen

Resepi Asal : Apam Mentega Gula Hangus versi Kak Siti

Bahan A: Gula Hangus
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gram mentega

Bahan B:
1 cawan gula pasir
4 biji telur
3 cawan tepung gandum - ayak bersama soda bikarbonate
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla

Cara:
Bahan A: Gula Hangus
1. Untuk menyediakan gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk.
2. Masak dengan api perlahan sehingga gula larut dan berwarna perang.
3. Padamkan api dan masukkan air.
4. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut.
5. Masukkan mentega dan kacau rata. Ketepikan.


Bahan B: Adunan
1. Untuk menyediakan bahan adunan, pukul gula, telur dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
3. Masukkan susu dan diselang-selikan dengan tepung. Gaul rata. 
4. Panaskan pengukus dan acuan. Tuangkan adunan ke dalam acuan. 
6. Kukus selama 12 hingga 15 minit.



Kalau buat satu adunan memang hasilnya banyak. Amie dapat lebih 40 ketul! Boleh kongsi dengan jiran-jiran untuk minum petang.


Jom makan.... Amie dah makan entah berapa ketul, tak ingat! Sebab sebaik saja angkat dari periuk pengukus, memang kena cukai seketul dua masuk mulut. Bayangkan kalau sampai 4 kali mengukus he he he heh.... berapa ketul sudah kena cukai!

11 ulasan:

JaSSNaNi berkata...

Assalamualaikum amie...
sedapnya apam gula hangus.. hari tu awal2 nandong, teringin nak makan apam gula hangus.. so dah teringin sangat.. buat ler sendiri.. padahal tak penah wat pun.. sib baik jadi.. tapi tak sedap.. sbb tak penah wat.. huhu.. so skrg nak tumpang makan apam gula hangus ngan amie lah.. nyum nyum.. suka ada kelapa ni..

myda_ahmad berkata...

salam kak amie....nak tumpang makan apam mentega kt dapur kak amie yea....bila dh kenyang nanti baru saya undur diri...hehehe...

Bicara Kak Noor berkata...

salam Mie..
wah nampaknya hari ni kita asyik mengapam ja kan kalau dah suka tu gohead je kan jangan peduli orang haha

zila norazila berkata...

ada apam mtega plk kt sini..td g dapur kak nor ada apam beras..bestnya..zila x pernah but lg nie kak:))

Tihara berkata...

sedap apam ni...gambar pun cantik..akak ada bakat dan seni :)

adda syuhada berkata...

sedapnya...

rostina76 berkata...

salam Amie....ros suka gak makan apam ni tapi xpernah terfikir nak try lagi....pasni kalau rajin nak bt ikut resepi Amie la..tq

Kamariah Awang berkata...

Haaa.. yang ni ma suka...! Nanti ma buat.

CT Delima berkata...

As'salam Amie

ct ni memang peminat tegar apam dan segala apamlah hehehe

tapi apam mentega gula hangus ni belum pernah cuba, makan dah. Nanti kena cuba juga jangan kempunan kan hehehe

Rohah berkata...

ala la kak...baru nak sarapan ni,mambangnya beli canai tapi rasa cam berat sangat je(ecehceh..)..kalau dapat apam ni seketul nggayah mbanget sih..

Nens Collection berkata...

sedappnyerrr...suka sgt kuih ni kak amie..senang pon senang..leh cuba ni!