Malam tadi, Firdaus tanya:
- Mommy. Kenapa hari Sabtu Ahad Daus kena buat kerja sekolah? Bukankah hari Sabtu dan Ahad hari cuti?
- Mommy. Kenapa hari Sabtu Ahad Daus kena buat kerja sekolah? Bukankah hari Sabtu dan Ahad hari cuti?
+Sebab ada kerja sekolah yang sayang belum siapkan.
- Oooo... jadi hari Sabtu Ahad, Daus kena buat kerja sekolah yang belum siapkah?
+Iya sayang!
-Ok.

Kelmarin Firdaus siapkan tugasan mewarna topeng muka untuk pertandingan yang dianjurkan Panitia Pendidikan Seni Visual.
- Gambar topeng disediakan oleh guru.
- Murid boleh memilih salah 1 topeng yang disediakan. Boleh print atau lukis.
- Setelah selesai mewarna, murid perlu menulis nama dan kelas sebelum menghantar gambar topeng ke google classroom.
- Selepas itu, murid-murid boleh menggunting topeng mengikut bentuk topeng dan memakai topeng masing-masing. Ambil gambar dan hantar melalui google classroom juga. (Gaya penampilan diambil kira)
- Hantarkan 4 keping gambar (semasa membuat kerja(mewarna), gambar setelah selesai mewarna, gambar menggunting topeng, dan gambar memakai topeng muka. Hantar gambar dalam bentuk grid @ kolaj.
![]() |
| Firdaus sedang mewarna gambar Topeng Kapten Malaya. |
![]() |
| Hasil kerja mewarna. |
![]() |
| Firdaus sedang menggunting Topeng Kapten Malaya. |
![]() |
| Gambar (memakai?) Topeng Kapten Malaya. |
Setelah selesai menghantar hasil kerja Firdaus, Encik Suami pula beritahu ada arahan tugasan dari sekolah agama pula. Firdaus dikehendaki membuat hafazan 3 surah lazim. Bab menghafaz Firdaus tidak ada masalah. Yang menjadi masalah besar ialah perlu hantar video rakaman dengan mata ditutup dengan kain! Jangankan hantar video, merakam suara sahaja Firdaus sudah menggigil ketakutan. Kesian sangat! Sabarlah sayang Mommy. Arahannya memang begitu sebab markah hafazan akan diambil untuk markah peperiksaan.
Macam-macam gaya dan cara serta bentuk pentaksiran di musim PKP kan.
Pagi tadi Amie sediakan sarapan pagi kegemaran Firdaus. Seperti biasa Firdaus akan berada di dapur ketika Amie memasak. Waktu inilah Amie pasang umpan:
- Mommy gorengkan kentang untuk sayang.
+ Wah! Daus suka kentang goreng. Daus sayang Mommy!
- Lepas sarapan nanti kita buat rakaman video bacaan surah-surah lazim ya sayang.
+ Iya Mommy.
Menu sarapan pagi untuk Firdaus.






