Tulang Lembu Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh
9:44 PGBismillahirrahmanirrahim.
Masak lauk apa untuk hidangan tengah hari ini? Amie belum masak lagi, tetapi Amie kongsikan dahulu menu minggu lepas iaitu Tulang Lembu Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh. Warna masakan lemak cili padi ini agak merah disebabkan penggunaan cili padi masak yang sudah merah, ditambah dengan warna kunyit hidup. Orang kata kalau hendak masak lemak cili padi, elok gunakan cili padi warna hijau supaya hasilnya cantik apabila bertemu dengan kunyit dan santan. Apa pun, tak ada cili padi hijau, cili padi merah pun boleh juga.
Selain tambahkan serai, tomato dan belimbing buluh, Amie masukkan daun kunyit. Ya ampun! Sudahlah cukup sempurna rasanya, bertambah pula aroma daun kunyit yang menyegarkan. Tak cukup dua tiga sudu kuah lemak curah atas nasi. Kita kasi banjir nasi dalam pinggan.... ahaks!
Ketika Amie olah Tulang Lembu Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh ini, Fairuz berada di Kota Kinabalu. Firdaus tanya Encik Suami : Bila Ilun (Fairuz) balik? Encik Suami kata, petang esok. Firdaus kata : Bolehlah Daus habiskan lauk ini.
Memang betul-betul Firdaus habiskan! Namanya pun tulang, bukan banyak dagingnya pun. Lagi pun sudah tentu Firdaus lapar sebab baru pulang dari sekolah.
| Tulang Lembu Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh |
Bahan-bahan:
800 gram tulang lembu yang sudah direbus - Amie renih hingga empuk dalam slow cooker
2 cawan santan
1 cawan air rebusan tulang
10 biji belimbing buluh - belah jangan sampai putus
10 biji belimbing buluh - belah jangan sampai putus
7 biji tomato ceri
2 batang serai - dititik
2 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - siat
garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
20 biji cili padi
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 cm kunyit hidup
Cara memasak:
1. Masukkan santan dan air rebusan tulang ke dalam periuk bersama bahan tumbuk, serai dan tulang lembu.
2. Jerang atau didihkan di atas api sederhana.
3. Apabila kuah mula mendidih masukkan belimbing buluh, daun kunyit dan tomato, dan kacau selalu sehingga belimbing buluh berubah warna.
4. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
5. Padamkan api dapur.
garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
20 biji cili padi
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 cm kunyit hidup
Cara memasak:
1. Masukkan santan dan air rebusan tulang ke dalam periuk bersama bahan tumbuk, serai dan tulang lembu.
2. Jerang atau didihkan di atas api sederhana.
3. Apabila kuah mula mendidih masukkan belimbing buluh, daun kunyit dan tomato, dan kacau selalu sehingga belimbing buluh berubah warna.
4. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
5. Padamkan api dapur.
| Tulang Lembu Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh |
| Resipi Tulang Lembu Masak Lemak Cili Padi janaan CHATGPT. |
0 comments