~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta )
Mencari Gulai Tambusu di Rumah Makan Lamun Ombak
Bismillahirrahmanirrahim.
Kalau berkunjung ke Padang, tidak sah jika tidak menjamu selera dengan Nasi Padang. Sebaiknya kalau dapat menikmati nasi putih bersama puluhan pilihan lauk yang baru siap dimasak dan masih panas, alangkah nikmatnya!
Nasi Padang dihidangkan di rumah makan atau restoran Padang yang mudah ditemui di bandar-bandar besar Indonesia seperti di Sumatera, Jawa, Kalimantan, Nusa Tenggara sehinggalah ke Papua dan menjangkau ke negara kita, Malaysia, Singapura bahkan sampai ke Australia. Asal nama Nasi Padang merujuk kepada Kota Padang, ibu bandar wilayah Sumatera Barat. Masakan Padang atau masakan Minang terkenal dengan penggunaan santan dan cili serta rempah-rempahan. Bahan masakan yang diolah termasuklah hasil dari sawah, laut dan darat. Memang meriah sungguh melihat pelbagai masakan dari dapur rumah makan Padang dari sekecil-kecilnya ikan sehinggalah sebesar-besarnya lembu atau kerbau! Tidaklah bermaksud dihidang lembu atau kerbau seekor melainkan sekadar perumpamaan untuk menterjemahkan betapa kreatifnya kuliner Padang mempersembahkan hasil masakan mereka untuk dinikmati oleh semua pengunjung rumah makan.

Kami terjumpa sayur daun ubi kayu masak lemak, dan ditambah dengan terung pipit. Jering atau jengkol ditumis dengan ikan masin dan pelbagai lagi. Namun begitu, kali ini Amie hendak memastikan untuk merasai Gulai Tambusu! Ketika pertama kali melihat Gulai Tambusu enam tahun lalu, kami tidak menyentuhnya tetapi rasa menyesal setelah meninggalkan Kota Padang!
| Letih dan lapar! Habis licin semua nasi dan lauk-pauk yang terhidang. |
Dulu kami makan di Lamun Ombak Ulak Karang Utara yang terletak di Kec. Padang Utara, Kota Padang. Kali ini kami singgah makan di Lamun Ombak, rumah makan terbesar di Jalan Khatib Sulaiman pula.
Di tepi pintu masuk rumah makan, seorang wanita warga emas menjual dagangannya. Ada pisang rebus, kacang kedelai rebus dan tapai ubi. Kuih dalam bungkusan daun pisang itu Amie tidak tahu namanya.
Mata terpandang telur masin rebus yang terletak elok bersebelahan dengan buah nangka dan potongan tebu. Dalam hati berkata, selepas makan nanti bolehlah beli telur rebus! Telur rebus menjadi kenangan kerana dulu hanya beli sebiji tetapi setelah makan sedaplah pula, tidak terasa masin seperti telur masin di tempat kita.
Antara menu yang terdapat di Rumah Makan Lamun Ombak.
Para pelayan rumah makan sibuk menyediakan hidangan tengah hari. Kalau dahulu mereka akan menyusun piring berisi lauk-pauk di atas lengan, tetapi sekarang mereka gunakan troli untuk membawa makanan ke meja pelanggan.
Kami tidak perlu memilih lauk kerana Pak Herman sudah menempah terlebih dahulu. Jadinya, kami hanya makan sahaja sehingga habis! Kali ini Amie tidak sempat fokus ambil gambar sempat hendak layan perut dahulu sehinggakan terlupa untuk merakam gambar Gulai Tambusu!
| Ayam Pop. |
| Ikan Panggang. |
| Sayur. |
Gulai Tambusu diolah daripada usus lembu atau usus kerbau. Tambusu ialah usus lembu atau usus kerbau yang didalamnya disumbat dengan campuran tauhu dan telur kemudian dimasak dengan santan pekat berbumbu.
Nampaknya ramai yang tidak perasan ada Gulai Tambusu. Jadi Amie pun ambil dahulu kemudian barulah ditawarkan kepada kawan-kawan yang lain. Menyesal pula tak makan dari dulu. Sedap dan lembut!
Amie hanya ambil lauk yang terjangkau oleh tangan sahaja. Tidak banyak lauk yang Amie makan, tetapi semuanya sedap belaka! Rendang hati lembu pun sedap.
Ada lebih 20 jenis lauk dihidang dalam piring kecil untuk kami.
Minumannya pula air mineral dan Chinese Tea panas.
Nampak seolah-olah banyak sangat lauk, tetapi sebenarnya tidaklah begitu banyak yang diletak di dalam piring. Apabila disusun, nampaklah kemeriahannya dengan pelbagai warna, bentuk dan rupa.
| Alhamdulillah. Semua sudah kenyang. |
Selain pisang rebus dan telur masin rebus, wanita ini juga menjual cemilan atau gorengan sala lauak. Sala lauak iaitu sejenis makanan gorengan khas Pariaman memang sedap, tapi apabila perut sudah kenyang, nafsu untuk membeli sudah hilang. Hanya beli telur masin sahajalah sebanyak lima butir. Kawan-kawan yang lain pun ikut beli sama.
| Terima kasih Ibu. Semoga terus laris manis dagangannya. |
Gambar di atas menjadi memori paling indah untuk dikenang! Setiap kali kami melihat gambar ini sudah tentu akan terbahak-bahak ketawa melihat gaya Kemi mencekau lauk! Kiranya aksi Kemi mewakili perut kami yang sedang kelaparan!
Ada dua jenis makanan yang selalu kita teringat-ingat selama bertahun-tahun dan akhirnya tertunai hasrat untuk mendapatkannya kembali di Padang iaitu:
- Gulai Tambusu
- Telur Masin Rebus