3 Beradik Borong September!
7:31 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Walaupun sepanjang September ini sentiasa tenggelam timbul, namun di penghujungnya Amie tetap kongsikan entri tiga beradik yang ada gelaran Raja Ayam, Raja Ikan, Raja Kambing, Anak Gajah Gemuk, Anak Gajah Kurus dan entah apa lagi. Ketiga-tiganya berkongsi bulan kelahiran yang sama iaitu September, dengan selang tiga tahun kelahiran.
Tiada yang membahagiakan hati Mommy dan Baba selain melihat kalian membesar, berdiri di atas kaki sendiri, saling menyayangi dan menghormati di antara satu sama lain. Semoga Allah panjangkan usia kalian dalam kebaikan, murahkan rezeki, pelihara iman dan akhlak, lindungi dari segala keburukan serta satukan hati kalian sebagai adik-beradik hingga ke syurga
Kini kalian sudah dewasa tetapi di dalam hati Mommy, kalian tetap anak-anak yang masih kecil, wangi dan sentiasa dalam dakapam rindu setiap waktu!
0 comments