Firdaus ingin melihat monyet di Bukit Malawati Kuala Selangor. Sayangnya tempat tersebut ditutup buat sementera waktu kerana ada kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan. Kami pun teruskan perjalanan melintasi Jambatan Sungai Kuala Selangor menghala ke Tanjung Karang. Encik Suami terus memandu sampailah ke Sekinchan. Leka memerhatikan sawah padi nan luas terbentang, kami pun ambil keputusan masuk ke kawasan sawah padi dan seterusnya singgah di Restoran Lembah Bernam untuk makan tengahari.
Dengarnya di Restoran Lembah Bernam ini menawarkan pelbagai makanan eksotik termasuk landak, belut, arnab dan lain-lain. Ketika kami sampai, hanya ada hidangan eksotik yang ditawarkan ketika itu hanya kari arnab dan daging rusa. Kami pilih daging arnab sahaja sebab sudah biasa makan daging rusa.
- Asam Pedas Ikan Baung
- Ikan Patin Masak Tempoyak'
- Kari Arnab
- Burung Puyuh Goreng Berempah
- Sambal Belacan
- Kerabu Taugeh
- Ulam-ulaman kacang botol, pucuk gajus & green coral
- Jus Tembikai
Kari Arnab. |
Asam Pedas Ikan Baung. |
Tempoyak Ikan Patin. |
Ikan Puyuh Goreng Berempah. |