Tragedi Oktober!
8:59 PTGAlhamdulillah, rezeki Allah maka dapatlah kami sekeluarga menghadiri majlis komnvokesyen Abang Farid di UTP (Universiti Teknologi Petronas) pada 02 November 2026.
Pada 30 Oktober 2026, hari Jumaat seawal pukul 10 pagi, kakak ipar dan anak buah hantar Amie dengan Firdaus ke Tawau Airport. Kami sengaja datang lebih awal untuk mengelakkan hal yang tidak diingin berlaku di tengah perjalanan.
Tiket penerbangan ke Kuala Lumpur telah dibeli pada 14 Ogos 2026 untuk empat orang iaitu Amie, Encik Suami, Fairuz dan Firdaus. Ketika tiket dibeli kami tidak menjangkakan Encik Suami akan berada di HUKM. Jadi, terbanglah kami dua beranak sahaja.
Rupanya penerbangan kami yang sepatutnya pada pukul 05.05 petang ditunda ke pukul 06:55 petang. Beberapa minit sebelum terbang, salah seorang penumpang pengsan. Kebetulan ada tiga orang doktor dalam penerbangan kami, jadi mereka membantu memberikan pertolongan cemas dengan melakukan CPR.
![]() |
| Nasi Lemak Pak Nasser |
![]() |
| Jasmine Green Tea |
![]() |
| Fuad belanja makan tengah hari di Hometown Hainan Coffee KLIA2. |








0 comments