Sarapan Keluarga di Canning Dimsum Ipoh
3:51 PTGSepatutnya Amie berada di ladang mulai pukul dua petang, kerana semua guru kelas Tingkatan 5 wajib berada di dewan untuk menyusun kerusi meja. Kerusi meja calon SPM peperiksaan bertulis sudah disediakan pada petang Khamis lepas. Hari ini penyediakan kerusi meja akan digunakan oleh calom SPM bagi tujuan Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada hari Isnin dan Selasa nanti.
Rasa sangat terharu tidak terhingga, apabila Amie diberitahu tempat Amie akan digantikan oleh salah seoang penoreh! Katanya, biarlah Amie berada di rumah, berehat dan tenangkan fikiran. Dalam keadaan masih gundah gulana, tak perlulah datang ke ladang. Ya Allah! Engkau kurniakan sebesar-besar ganjaran dan permudahkanlah urusan dunia akhirat buat insan berhati mulia ini.Tak mampu hamba-Mu ini membalas segala kebaikannya.
Hari ini hinggap mambang rajin di LD.
Jom kita siapkan entri tertunggak dengan pelbagai gambar yang beratur dalam galeri untuk diterbitkan. Amie pilih gambar sarapan keluarga di Canning Dimsum, Ipoh pada 01 November 2026. Pada mulanya kami hendak makan malam pada 31 Oktober 2026 tetapi disebabkan delay hampir 18 jam penerbangan dari Tawau ke Kuala Lumpur, terpaksalah rancangan itu dibtalkan. Hal ini kerana kami sampai waktu malam ke Ipoh dalam keadaan letih.
Abang Farid pula selepas konvokesyen 02 November 2026, petang itu juga terpaksa balik ke Kuala Lumpur kerana keesokan harinya Abang Farid akan menghadiri kursus di FRIM mulai 03-06 November 2026. Jadi, hanya pagi Ahad itulah sahaja masa untuk bersama sekeluarga. Kebetulan pula Abang Farid tempah dua malam menginap di homestey berdekatan juga dengan Canning Dimsum, Ipoh. Jadi, rasanya di sinilah tempat yang sesuai untuk menikmati sarapan yang enak bersama keluarhga.

![]() |
| Terima kasih penaja dimsum. Semoga dilipatgandakan rezeki dan diperudahkan urusan dunia akhirat. |


























0 comments