November Yang Manis!
8:53 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tarikh 28 Oktober 2026, doktor pakar bedah dan doktor pakar jantung beritahu dalam tempoh dua minggu mereka akan berikan tarikh pembedahan jantung Encik Suami. Pada masa yang sama bersamaan 02 November 2026 Abang Farid akan menerima Ijazah Kedoktoran di Universiti Teknologi Petronas. Oleh kerana Encik Suami dan Fairuz sudah berada di Malaya atas urusan rawatan jantung, jadi tiket yang dibeli hangus begitu sahaja.
Tragedi Oktober yang dialami akibat penerbangan tertunda selama 18 jam menyebabkan kami menukar perjalanan. Sepatutnya balik kampung tetapi kami terus ke Perak. Memandangkan teragak-agak untuk menghadiri konvokesyen disebabkan masalah penyakit jantung Encik Suami, jadi Abang Farid hanya menempah penginapan di saat akhir. Katanya homestay dan hotel di sekitar Seri Iskandar sudah penuh. Di Batu Gajah pun sudah habis ditempah. Akhirnya kami dapat penginapan dua malam di Ipoh.
Pukul 7:30 pagi kami perlu berada di dewan. Jadi cadang Abang Farid kami akan bertolak awal ke UTP dari Ipoh pada pukul 5:30 pagi dan solat subuh di Masjid UTP.
![]() |
| Doctor of Philosophy In Applied Science |
Tahniah Abang Farid kerana berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ph.D.
Selepas majlis konvokesyen, semua graduan dan keluarga dijemput makan tengah hari bermula pada pukul 12:00 hingga )3:00 petang. Tempat makan penerima Ph.D terletak di Blok 20. Wak Aton yang turut meraikan Abang Farid juga sama-sama menikmati makan tengah hari di sini.
![]() |
| Selesai makan kami bergambar seisi keluarga bersama Aseeyah dan Hamzah serta Wak Aton dan rakannya, Ustazah Junaidah. |









0 comments