November Yang Manis, Terselit Yang Pahit!

5:55 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Sukarnya hendak menulis kali ini. 
Hari Sabtu, Ahad, Isnin dan hari ini Selasa - ada kalanya berasa entah di mana diri ini berada!

Selepas menghadiri konvokesyen  Ph.D Abang Farid di UTP, Amie bersama Encik Suami, Fairuz dan Firdaus ke HUKM untuk mengambil ubat tambahan. Kata Encik Suami bekalan ubat tidak mencukupi sehingga ke tarikh 07 Disember 2026. HUKM minta bukti Encik Suami balik ke LD. Jadi Fairuz tunjukkan tiket penerbangan pada 07 November. Urusan tambah ubat berjalan lancar.

06 November 2026, selesai solat Jumaat di kampung, kami bertolak ke Ibis Style Sepang KLIA untuk memudahkan urusan penerbangan pada 07 November 2026. Ketika Fairuz hendak memasukkan kerusi roda ke dalam bonet kereta, Encik Suami kata tak perlu bawa. Katanya, kakinya masih kuat untuk berjalan. Disuruhnya Fairuz kembalikan kerusi roda ke dalam bilik.

Di hotel, menjelang pukul satu malam, Encik Suami kata tidak boleh tidur, dan rasa loya. Kemudian terdengar batuk-batuk kecil. Amie sudah gelisah, bimbang berlaku masalah sesak nafas lagi. Amie suruh Encik Suami makan ubat, tetapi katanya tidak perlu. Amie urut perlahan-lahan belakangnya dengan harapan berasa lebih selesa dan boleh tidur.

Pukul empat pagi, Amie hantar mesej dan telefon Abang Farid dan Fuad. Amie minta Abang Farid balik kampung dan ambil kerusi roda. Pada masa yang sama Fairuz meminta bantuan dari pihak hotel. Pekerja hotel membawa kerusi roda ke bilik penginapan kami. Encik Suami dibawa ke klinik terdekat iaitu Klinik Utama.

Sementara Fairuz mengurus Encik Suami, Amie berkemas-kemas di dalam bilik, bersedia untuk sebarang kemungkinan. Fairuz telefon, beritahu Encik Suami  kini berada di Klinik Utama tetapi tidak boleh baring, dan terus sesak nafas. Bantuan oksigen diberikan dan doktor memutuskan supaya dibawa ke hospital terdekat iaitu Hospital Putrajaya.

Abang Farid pula terperangkap dalam perjalanan ke kampung kerana banjir!

Encik Suami dimasukkan ke zon merah, wad emergency.

Terima kasih Ibis Style Sepang KLIA  di taas bantuan yang diberi di saat kecemasan. Mereka hantar Encik Suami ke Klinik Utama menggunakan kenderaan hotel. Pihak hotel juga menawarkan akan panjangkan waktu penginapan hingga ke malam. Bagaimanapun kami terpaksa check out dan membawa beg menuju ke Hospital Putrajaya. 

Menjelang tengah hari, kami masih menunggu di luar wad emergency. Abang Farid, Aseeyah dan Hamzah turut berada di sana. Fuad akan sampai menjelang malam. Petang itu Abang Farid tempahkan tempat penginapan kami di Smile Hotel. Menjelang malam Fuad sampai dan singgah sebentar di hotel sebelum ke hospital. Pukul 1:30 tengah malam, Encik Suami dipindahkan dari zon merah ke ACCU - Coronary Care Unit. Kami tidak dibenarkan berada di unit ini kecuali pada waktu lawatan sahaja.

Firdaus di sisi Baba.

Encik Suami di ACCU


Hari Sabtu, Ahad dan Isnin berlalu dan hari Selasa yang sedang dihadapi. Malam tadi Encik Suami dipindahkan ke wad biasa. Alhamdulillah. Dapatlah semua anak-beranak melawat termasuk Fuad dan Abang Farid. Hari ini doktor beri peringatan, tidak membenarkan Encik Suami menaiki kapal terbang sebelum melalui proses pembedahan jantung di HUKM yang dijadualkan pada 10 Disember 2026. 

Hari Sabtu lepas, semua terlupa tentang penerbangan kami empat beranak yang terlepas dari Kuala Lumpur ke Tawau!






Apa pun, syukurlah Encik Suami sempat dikejarkan ke hospital. Sekali lagi  ucapan terima kasih atas segala pertolongan kepada pihak Ibis Style Sepang KLIA, Klinik Utama dan Hospital Putrajaya. Kami tidak mampu membalas budi baik semua pihak melainkan hanya Allah Yang Maha Kaya yang dapat mengurniakan sebesar-besar ganjaran buat semua yang terlibat memudahkan segala urusan rawatan Encik Suami.

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

RESIPI AMIE - SAJI - OGOS 2017

RESIPI AMIE - SAJI - APRIL 2015

RESIPI AMIE - AROMA - JANUARI 2013

RESIPI AMIE - AROMA - MEI 2014

RESIPI AMIE - JELITA - DISEMBER 2014

RESIPI AMIE - SAJI - MEI - 2015

RESIPI AMIE - SAJI - JULAI 2015

RESIPI AMIE - IBU & ANAK - JULAI 2015

RESIPI AMIE - SAJI -OGOS - 2015

RESIPI AMIE - SAJI - APRIL 2016

RESIPI AMIE - SAJI - APRIL 2017

RESIPI AMIE - SAJI - FEBRUARI 2017

RESIPI AMIE - SAJI - JANUARI 2017

RESIPI AMIE -SAJI - MEI 2016

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Switzerland ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Selangor Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe