Yang Mencuit Hati, Yang Mengusik Rasa
3:00 PTGHari Khamis lepas, Fairuz hantar Encik Suami ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan susulan. Kata Encik Suami, terpaksalah meredah banjir dari rumah Bonda untuk sampai ke kereta yang terletak di tepi jalan.
Amie pesan dengan Fairuz supaya bersihkan rumah Nendanya. Kemas bilik Encik Suami tidur supaya lebih lapang dan selesa. Fairuz senaraikan segala barang keperluan untuk bersihkan rumah termasuk pewangi tandas. Wah! Satu perkembangan yang sangat baik. Selepas mengemas rumah, menyapu dan mengemop sampai ke dapur, Fairuz pun kongsikan gambar.
Siapalah tak rasa gembira dan bangga apabila anak bujang ringan tulang singsing lengan bersihkan rumah Nendanya?
Apabila Encik Suami telefon, katanya Bonda kutip 3 helai kain sarung batik kepunyaan Amie dalam timbunan sampah! Bukan itu sahaja, banyak lagi barang lain yang hendak dibuang. Aduhai.... begitulah yang bernama Fairuz. Rajin mengemas rumah. Bersih, tapi habis barang yang tak berkenan di hatinya dibuang. Beg-beg Amie yang penuh berisi kelengkapan kembara seperti baju sejuk, kasut dan sebagainya turut dipindahkan ke bilik di bahagian atas.
Pagi tadi, pesan dengan Firdaus supaya be;i sarapan di Warung Al Iman. Setelah setengah jam menunggu, tidak juga Firdaus pulang ke rumah. Bukan jauh pun Warung Al Iman. Jalan kaki hanya memakan masa tiga minit dari rumah. Setelah melihat jam menunjukkan angka hampir pukul 9, kita pun mula risau. Tergerak hati hendak menyelak langsir biliknya. Lailahaillallah! Rupaya Firdaus sedang neyenyak tidur!
![]() |
| Happy Belated Birthday |


0 comments