Sup Kambing VS Sup Ikan Tenggiri
8:40 PTGJom tengok apa menu Amie kongsikan pada hari ini. Mana tahu boleh dijadikan idea untuk hidangan keluarga atau menu berbuka puasa esok, lusa dan seterusnya.
Amie masak Sup Kambing. Sebenarnya sebelum hari raya puasa tempoh hari, macam-macamlah Amie beli untuk dimasak ketika semua anak menantu beraya bersama. Sayangnya, masa bersama tidaklah lama. jadi, adalah beberapa bahan masakan yang tak sempat diolah kerana waktu itu hampir setiap hari samada siang atau pun malam, ada sahaja jemputan rumah terbuka raya.
Antara bahan yang tak sempat dimasak termasuklah lamb sank yang kononnya Amie hendak jadikan nasi arab lamb shank. Memandangkan sudah hampir menjelang Hari Raya Korban, jadi Amie pun masak sahajalah lamb shank itu. Sekali lagi minta jasa baik slow cooker untuk merenih lamb shank perlahan-lahan sehingga masak sempurna.
Encik Suami pula, awal-awal lagi sudah keluarkan ikan dan sayur sawi! Biasanya kalau melihat Amie sibuk, Encik Suami akan masak sendiri lauk ikan dan sayur rebusnya.
| Hidangan Tengah Hari / Malam / Berbuka |
| Sup Kambing |
| Sup Kambing dengan Roti Panggang. |
| Air Mata Kucing |
| Sup Ikan Tenggiri |
21 comments
Saya LGS buat plan nak ke warung sup kambing langganan saya dj JKT 😄😄❤️. Lihat buatan Kak Amie, memanglah menggoda selera sangaaaat ini.
BalasPadamTp sup ikan pun nampak meriah 😍😍. Ikannya juga tipe yg tebal. Pasti sedap dimakan saat panas
Supkambing ala-ala stew memang sedap Fanny. Meresap segala rasa.
PadamKak Amie nanti dah pencen boleh buka restoran ni, semua hidangan menggoda betul.
BalasPadamSy masak sup ayam semalam. Geng sup jugalah hihi
Hahaa... hobi main masak-masak boleh dimanfaatkan ye PH.
PadamX pernah masak sup kambing, selalu sy masak kari je.. teringin pulak nk try
BalasPadamSedap sup kambing. Cuba ye.
PadamDuh duh duh, bolat2 buah mata kucing tu. Tu buah mata kucing dalam tin atau mata kucing kering, sebab jarang jumpa yang masih bulat elok macam tu. Haa.. setuju dengan Fairuz, sup kambing tak sesuai makan dengan nasi lebih2 lagi teksturnya seperti stew, kan. Sedapnyaaaa.
BalasPadamTu bukan mata kucing. Tu buah longan kering. Mata kucing tu dalam lo han guo, larut dalam air. yang ajdi warna coklat tu.
PadamOh, buah longan kering bulat2 juagk ya. Biasa kalau dalam tin tu memang bulat2, tak macam laici kadang bersepai.
PadamYour goat 🐐 soup looks scrumptious 😋
BalasPadamThank you so much for sharing. 😊 Warm greetings from Montreal, Canada. ❤️
kita suka sup kambing
BalasPadamTekstur agak pekat macam stew, memang lazat buat cicah roti. Rasanya pun tentu lebih sedap sebab guna slow cooker.
BalasPadamBijak kak Amie olah sup ikan yang sesuai untuk diet suami tapi masih sedap dan menyelerakan.
Nampak sedap la kak sup kambing tu, sup ikan tu pun tak salah nampak memikat
BalasPadamsup tenggiri meriah sayurnya sedap tu
BalasPadamSedapnya sup kambing tu. Makan dengan mi pun sedap tu. Selalu masak sup daging je. Tak pernah rasanya masak sup kambing.
BalasPadamlama tak pekene air mata kucing yang banyak buahnya macam dalam gambar kat atas
BalasPadamYa allah makanan semua ni....sedap nampaknya.....
BalasPadamSajian yang hebat..
BalasPadamKecur air liur tengok Sup Kambing Kak Amie, pekat likat macam lamb stew! Bijak Kak Amie guna slow cooker, daging lamb shank tu mesti jadi empuk gila. Setuju sangat dengan Fairuz, kalau sup pekat macam ni memang lagi layan cicah dengan roti panggang daripada makan dengan nasi. Memang gandingan mantap petang-petang hujan!
BalasPadamSup kambing dan Air Mata Kucing di kala cuaca sejuk.. agghhhh.. best.. best...
BalasPadamnampak tender n juicy je kambing tu. sesuai makan dgn roti!
BalasPadam