Sup Ikan Salmon Lagi.....
7:45 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Rasanya lama-lama Amie pun akan terikut-ikut gaya pemakanan Encik Suami. Masak sup, rebus-rebus saja. Senang kerja memasak! Firdaus pula sudah tentulah hendak mencari lauk bergoreng. Jadi kenalah layan dua selera. Kalau tidak tentu salah seorang mogok tak mahu makan!
Layankan sajalah dua beranak ini.
Masak sajalah ikan sup atau ikan rebus dengan sayur-sayuran. Kemudian gorenglah seekor ikan tilapia. Cukuplah lauk untuk hari ini. Encik Suami memang akan mencari sayur dalam hidangannya. Kalau sudah banyak sayur, tak perlulah sediakan salad campur seperti selalu. Encik Suami sudah pandai atur diet pemakanannya. Kalau sarapan pagi, makan telur rebus dan salad. Kalau lapar, beliau makan biskut. Begitulah.
Banyaklah aksesori Sup Ikan Salmonnya. Ada sawi, ada tomato, ada putik jagung dan juga shemeiji mushroom white. Seperti biasa, Amie akan didihkan bawang putih, bawang merah, halia, serai dan tomato kampung. Amie hiris nipis halia muda sebab Encik Suami suka kunyah halia sewaktu makan. Tomato kampung pula Amie belah dua. Apabila direnih bersama bahan lain, terbitlah rasa sedikit masam dan warna kuah turut berubah. Tak perlulah masukkan asam jawa atau asam keping.
Encik Suami juga tidak mahu makan yang pedas. Jadi Amie tidaklah bubuh lada putih.
Setelah kuah mendidih dan tomato kampung sudah layu, masukkan pula sayur sawi, putik jagung dan cendawan shimeiji putih. Akhir sekali barulah masukkan hirisan ikan salmon. Masak sekejap sahaja dalam satu hingga dua minit sebab ikan salmon cepat masak.
| Mushroom Shimeiji White goreng salut tepung. |
Baki cendawan shimeiji putih yang dimasak bersama Sup Ikan Salmon, Amie gaul dengan tepung serbaguna dan goreng. Suka sangatlah Firdaus dapat makan cendawan goreng!
Amie goreng ikan tilapia nan seekor. Ekornya terpele'ot ketika di goreng sebab saiznya besar sampai tak muat kuali. Sepatutnya Amie potong jadi dua keping supaya muat kuali kan.
| Sambal Kicap |
Ada lebihan sambal yang dibeli di pasar tani, tapi hanya tinggal koret-koret saja. Amie tuang ke dalam mangkuk, tambahkan kicap dan hiriskan cili padi. Bolehlah tuang atas tilapian goreng waktu makan.
| Nasi Putih |
| Sup Ikan Salmon |
Selalunya Amie tak usik sup ikan atau sayur Encik Suami. Petang tadi berminat pula hendak hirup kuahnya tapi tersenduk isinya pula. Sedap jugalah.... ahaks!
10 comments
Ssaya nak tiru masakan kak Amie, ya. Masak sup haiwan letak sayur sekali. Semalam saya sudah masak sup siam ayam. Sup tanpa tumis. Rebus air je. Sedap juga, ada rasa masam-masam.
BalasPadamMenu sup2 rebus ni lebih sihat tapi tula anak2 kita mana mau makan menu gitu. Masak la juga yang bergoreng.
BalasPadamsedapnyaaaaa...semua sedap....ikan goreng pun nampak sedap....
BalasPadamSedapnyaa
BalasPadamAwat kat sana ikan semua beso²
BalasPadamSebenarnya kalau dah terbiasa makan yg begini, memang akan suka jadinya. Saya pun dah malas buat makanan yg pakai minyak, apalagi Santan. Kalaupun teringin, pasti beli kak. JD kalau masak di rumah, kebanyakan skr rebus , sop, atau tumis. Itupun pakai olive.
BalasPadamHari ini kan saya masak ayam rebus. Lihat resep dari dokter yg akunnya saya ikuti. Bumbunya hanya garam dan merica. Itu saja.
Daging ayam ternyata tetap juicy. Lembuuut dan gurih.
Kalau nak pedas, bolehlah buat sambal belacan. Tapi makan ayamnya aja dengan kuah, memang dah cukup bagi saya 😄.
tak tahu laa knape internet ni
BalasPadamsy cuma dpt baca je
gmbr2 semua x muncul🥹
bila org kat rumah makan sihat, kita pun terikutla sekali makan rebus2 dan sup je. yg penting sedapp!
BalasPadamtapi tilapia goreng tu pun menggoda jugak
Sedap dan sihat betul menu Kak Amie sekeluarga! Tergelak saya baca bab ikan tilapia nan seekor tu, kesian dia terpele'ot ekor sebab kuali tak muat ya, hehe. Tapi bila dah curah dengan lebihan sambal pasar tani + kicap dan cili padi tu, terus nampak kecur liur dibuatnya. Suka tengok Kak Amie layankan saja dua selera anak beranak ni. Terbaiklah
BalasPadamForever sedap sup ikan salmon ni kan
BalasPadam