Sarapan Apa di Hari Minggu?
1:26 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi ikut Encik Suami brisk walk di Taman Bandar LD. Seawal pukul 5:30 pagi kami gerak dari rumah. Pukul 6:30 pagi kami terus ke bandar menuju ke pasar tani. Kami beli kapurung, samosa, bihun goreng dan sumbat-sumbat. Tak tahu nak kata apa, sebut sumbat-sumbat sajalah.... ahaks!
| Menu sarapan di hari minggu. |
| Kapurung |
| Samosa Inti Ayam |
| Sumbat-sumat - terung, cili merah, tauhu dan peria. |
| Bihun Goreng |
Orang lain siarkan entri makan tengah hari, kita baru nak paparkan menu sarapan...hiks!
Selamat berhujung minggu.
Selamat berhujung minggu.
12 comments
Nampak sedap semua menu. Teringin nak tahu kapurung apa Amie,
BalasPadamKapurung ni makanan tradisi masyarakat Bugis di Sabah. Lebih kurang ambuyat, diperbuat daripada sagu.
Padamteringinnya nak try kapurung tu.
BalasPadamCuba buat sendiri Cie. Saya pun tak pernah buat. Beli saja.
PadamSetiap kali keluar pic kapurung auto ngences.
BalasPadamTry buat sendiri Faizah.
Padamwah ada kapurung... ada satu masa tu sebab ammi tengok satu full video org sediakan kapurung, setiap hari akan lalu lalang video yang lebih kurang sama. jadi teringin betul
BalasPadamCuba buat sendiri Ammi. Rasanya di Malaya tak ada orang jual.
PadamKapurung ini yg saya masih penasaran sangaaaaaat 😍😍😍😍. Liat bentuk memang sedap nampaknya.
BalasPadamSumbat2 tuh pun menarik kak. Apalagi yg sumbat cabe 😄👍👍
Saya tak pernah masak kapurung. Kalau teringin, beli saja.
PadamYang sumbat-sumbat tu memang cabe juga pilihan kakak.
yg disumbat-sumbat tu apa? isi ikan ke?
BalasPadamMenarik betul tengok menu sarapan Kak Amie, terutama Kapurung tu! Memang makanan tradisi yang unik. Walaupun Kak Amie kata beli saja, tapi bila dimakan selepas penat brisk walk, mesti rasa dia berkali ganda lebih sedap dan menyegarkan
BalasPadam