Sarapan Apa di Palestin?
10:10 PGBismillahirrahmanirrahim.
Pagi pertama di Palestin kami menikmati sarapan di hotel dengan hidangan tradisional Timur Tengah. Ada hidangan shakshouka yang masih panas, dengan telur yang dimasak dalam kuah tomato berempah. Aromanya cukup membuka selera, apatah lagi apabila dicicah bersama roti pita yang lembut.
Turut disediakan nasi berempah ala Nasi Arab yang digaul bersama kacang kuda dan ditabur daun hijau segar. Rasanya sederhana tetapi penuh dengan keharuman rempah yang menghangatkan tubuh dalam cuaca sejuk pagi di Jerusalem.
Di sudut lain, terdapat juga roti bijan seperti ka'ak serta biskut kering yang rangup dipanggil rusk. Ada pelbagai hidangan mezze tradisional seperti hummus yang lembut dengan minyak zaitun, foul medames serta labneh yang berkrim dan menyegarkan. Turut melengkapkan hidangan pagi ialah salad segar yang rangup, hirisan keju dan daging, serta sedikit kek sebagai pencuci mulut. Walaupun kelihatan ringkas, setiap hidangan membawa rasa tempatan yang unik dan cukup memberi tenaga untuk memulakan hari.
| Hummus dengan kacang kuda. |
| Foul Medames |
| Labneh |
| Salad Arab |
| Hieisan timun. |
| Hirisan tomato. |
| Turkey & Beef Slice |
| Potongan kek. |
| Roti Pita |
| Ka'ak. |
| Rusk |
| Nasi Goreng Gaya Arab |
| Sosej |
| Telur Rebus |
| Shakshouka |
| Jom sarapan. |
| Bismillah |
| Firdaus masih membantu ahli rombongan lain membuat air panas dari mesin. |
16 comments
Terliur tengok kacang-kacang tu kak,... sedap betul, walaupun ada nasi goreng yg basah tapi nampak sedap dh roti2 dengan pilihan cicah dia tu.
BalasPadamTebal2 diorang hiris timun nya kan? Dah boleh panggil 'ketulan timun'....
BalasPadamUish! Suara Daus boleh jadi penyanyi lah... Suruh dia audition jadi penyanyi rock... hehehe
Firdaus ini memang baiiiik sangat anaknya ☺️. Dari wajahnya kliatan juga. Dan salut saya Krn dia tidak cerewet dengan makanan. Bagus betul didikan kak Amie. Memang hrs begitu. Dalam Islam pun jangan sampai menghina atau membazirkan makanan.
BalasPadamSaya sukaaa liat hidangan yg banyak salad dan roti bgini. Krn memang sangaat mengenyangkan. Apalagi pakai minyak olive yg sangat bgs utk kesehatan jantung
ada juga terselit nasi goreng di situ.
BalasPadamMasha Allah sedapnya semua. Hirisan timun dan tomato tu pun nampak sedap!
BalasPadamAnak² skrg advance, Sy sendiri terkial² nak guna mesin air panas tu. Biasanya suruh anak² je tlg buatkan:)
nampak sedap semua menunya boleh pilih mana suka
BalasPadamWahhhh rambang mata nak makan sebab semuanya nampak sedap terutamanya hidangan kekacang. Alhamdulillah Firdaus enjoy JJCM
BalasPadamTenguk video Firdaus dah macam influencer buat live video je.
BalasPadamTenguk hidangan yg amie tunjuk bagaikan saya juga sarapan Di Palestine. Aamiin
BalasPadamSihat2 makanan sana yg banyak berasaskan minyak zaitun dan kekacang!
BalasPadamBaiknya firdaus tolong peserta lain buat air hehe
Nampak sedap semuanya...yummy..
BalasPadamNampak Shakshouka tu pun sedap.. patutlah Firdaus menambah.
BalasPadamBila senang diurus bolehlah Daus jadi travelling partner lain kali.
Baik Firdaus, membantu orang guna mesin air.
BalasPadamBanyak makanan berasaskan kekacang ya, kak.
banyak juga menu yg macam menepati cita rasa ni.. teringin nak rasa hummus tu, selalu dengar tp mcm susah nak jumpe...
BalasPadamBagus Firdaus ni. Sedap2 semua menu nya Kak Amie. Shaksouka tu lama tak makan.
BalasPadamBagus Firdaus ni..Alhamdulillah, senang nak bawa berjalan
BalasPadam