Akhirnya Menjejakkan Kaki di Masjidil Aqsa
1:13 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Beberapa bulan sebelum keberangkatan kami ke bumi anbia ini, debaran di dada tidak pernah surut. Terlintas di fikiran untuk membatalkan permusafiran ini tetapi memandangkan semua bayaran telah dijelaskan menghampiri 28K untuk kami tiga beranak, kuatkan sahajalah semangat untuk meneruskan perjuangan ini.
Pernah juga terlintas di fikiran, andainya kami sampai di Masjidil Aqsa, ketika solat tiba-tiba lantai masjid runtuh dan kami terjerumus masuk ke dalamnya.... Astaghfirullahal'azim! Maklumlah, banyak sangat cerita yang sebahagian besarnya kurang enak di dengar di media sosial termasuklah kerja-kerja penggalian oleh pihak Isra terutama di bawah Masjidil Aqsa! Jadinya, sambil melapangkan dada dan fikiran, terus berserah kepada Allah Taala. Lagi pun kami daftar di bawah pakej pelancongan, sudah tentu pihak pengurusan lebih mengetahui dan memahami selok-belok perjalanan dan keselamatan adalah keutamaan.
Itu cerita perasaan sebelum kami jejak ke Palestin.
Sekarang kita teruskan cerita setelah berada di bumi anbia ini, kami diberi izin Allah SWT untuk mengunjungi Masjidil Aqsa pula.
Tour leader, Dr. Azmil berpesan supaya kami tidak solat jamak maghrib dan isya sebaliknya tunaikan solat maghrib di Masjid Kubah Emas (Dome of the Rock) dan kemudian menuju ke selatan untuk solat isya di Masjid Qibli. Dalam hal ini, Amie agak keliru dan timbul banyak persoalan bermain di fikiran!
Kita selalu mendengar nama Masjidil Aqsa atau Masjid Al Aqsa dan Baitulmaqdis. Namun begitu adakah kita benar-benar faham maksud kedua-duanya. Setelah Amie jejakkan kaki di sini barulah Amie dapat merungkai persoalan yang selama ini bermain di fikiran. Mari kita rungkai kekeliruan tersebut:
- Masjidil Aqsa (Masjid al-Aqsa), merujuk kepada seluruh kawasan suci dalam tembok (Haram al-Sharif). Ia bukan hanya satu bangunan tetapi termasuk Dome of the Rock, Masjid al-Qibli, Masjid Mawarni, surau kecil, dataran, laluan, dan semua kawasan di dalamnya Jadi, setiap langkah kita di dalam kawasan itu sebenarnya kita sudah berada dalam Masjidil Aqsa.
- Baitulmaqdis ialah nama lain bagi kota suci Jerusalem, meliputi seluruh bandar, termasuk Kota Lama (Old City), kawasan luar tembok dan semua tempat bersejarah di dalamnya. Dalam bahasa Arab disebut Bayt al-Maqdis atau Al-Quds
| Dome of the Rock |
- Souq Khan al-Zeit (سوق خان الزيت) Ini adalah laluan paling utama dan popular dari Bab al-Amud ke arah Al-Aqsa. Lorong berbumbung batu seperti dalam gambar pertama iaitu laluan berkubah pada waktu siang dipenuhi kedai kecil tetapi sekarang nampak lebih sunyi mungkin kerana hampir tiba waktu maghrib. Nama Khan al-Zeit bermaksud pasar minyak zaitun, kerana dahulu kawasan ini pusat perdagangan minyak zaitun.
- Aqabat at-Takiya di lorong-lorong kecil yang sambung-menyambung. Daripada Souq Khan al-Zeit, kami masuk ke lorong-lorong kecil berbatu melalui jalan sempit, dinding batu tinggi kiri kanan dan lampu kuning malap di dinding. Laluan sedikit berliku dan kadang menaik. Lorong seperti ini menghubungkan pasar utama ke pintu-pintu masuk Al-Aqsa.
| Di perkarangan Masjidil Aqsa, di bawah langit kelabu dan rintik hujan tersergam Dome of the Rock! |
Kawasan Jerusalem khususnya Al-Aqsa berada di bawah kawalan ketat. Selain pemeriksaan tentera Isra di pintu masuk, sekatan tertentu dilakukan mengikut had umur dan pada waktu tertentu. Penduduk tempatan, terutamanya rakyat Palestin juga tidak dibenarkan masuk. Barangkali juga ketika itu musim sejuk, orang kurang berada lama di luar kerana aktiviti di kawasan terbuka berkurang. Barangkali juga kesunyian itu sebenarnya sebahagian daripada adab tempat suci.
| Di hadapan Masjid Qilbi selepas menunaikan solat isya. |
| Masjid Qibli |
25 comments
kenangan yang indah dan penuh jiwa,batu-batu bukan sekadar laluan tapi menjadi saksi perjalanan manusia dan masa..Kak Amie beruntung dapat jejak kaki ke tempat yang penuh sejarah dan keberkatan.Harap saya pun ada rezeki untuk sampai ke sana nanti
BalasPadamIn syaa Allah. Mudah-mudahan akan sampai juga ke sini.
PadamSubhanallah..Kak Amie, suami dan firdaus dah sampai ke masjid AL- Aqsa, SA yang tgok gamabr ni pun rasa antara terpukau dan sebak...
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamDe gan izin-Nya jua.
Subhanallah. Rasa sebak namun menumpang rasa terpegun baca perjalanan Kak Amie hinggalah sampai ke Masjidil Aqsa yang penuh sejarah. Thanks for sharing Kak Amie. Moga kami pun diizinkan ke sana nanti, Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
BalasPadamIn syaa Allah. Mudah-mudahan akan sampai ke sini.
PadamSaya betul2 menghayati penulisan Kak Amie seolah2 saya pun berada di sana jugak 😊 terima kasih Kak Amie sudi berkongsi pengalaman ke Masjid Al-Aqsa dan Baitulmaqdis ♥️
BalasPadamAlhamdulillah. Yang baik itu kita kongsi bersama-sama. Moga bermanfaat.
PadamSubhanallah..satu perjalanan. Penggembaraan yang sangat berharga, bernilai.. dengan gaya penceritaan kak Amie,linda ikut sebak.. memahami sangat suasana sepi itu...
BalasPadamSayu kan. Kiblat pertama umat Islam di bawah sekatan Israel.
Padampengalaman berharga yang tak semua orang dapat. alhamdulillah.
BalasPadamIn syaa Allah, dengan izin-Nya jua.
PadamSebaknya membaca setiap baris cerita Kak Amie. Syukur, masjid Al-Aqsa masih terpelihara kerana selalu baca cerita yg negatif sahaja tentangnya.
BalasPadamYa, mudah-mudahan Masjidil Aqsa dapat dipertahankan dari jatuh ke tangan munafiqin.
PadamUntung Amie dah dapat menjejaki kaki ke masjidil Aqsa. Kalau kita ni, tak tahu lah sempat sampai ke sana ke tidak.
BalasPadamIn syaa Allah, dengan izin-Nya jua kita akan sampai ke sini.
PadamSubhanallah kak, sampai juga akak ke sana ya. Ke tempat yang nak pergi tu penuh ranjau dan dugaannya. Cantik masjidnya tapi itulah sayang betul keadaan sekarang ni. MOga cepatla perang ini selesai dan moga masjid tu kembali semula menjadi milik rakyat palestin.
BalasPadamSedih betul apabila zionis tutup pintu ke Masjidil Aqsa selama 40 hari sebelum ini.
Padamkembara di kota tua bersejarah pengalaman indah teruja baca coretan amie
BalasPadamTerima kasih Kak PI.
Padamsubhanallah., hebat bole jejak ke masjidil aqsa., aminn
BalasPadamAlhamdulillah. Dengan izin-Nya jua.
PadamMesjid ini terasa sepi, bisa JD Krn kondisi nya yg sekarang ini. Sehingga banyak Orang2 dari negara manapun juga ragu ingin kesana. 😔. Sayapun termasuk salah satunya. Suami belum mengizinkan mengingat situasinya.
BalasPadamJadi paham perbedaan baitulmaqdis dan mesjid Al Aqsa skr kak Amie. Terimakasih sudah menjelaskan.
Saya lihat jalanan berbatu ya, memang lah kesan zaman dulunya kuat sangat. Langsung membayangkan jtaan orang yg sudah melalui jalanan itu, Beratus ratus tahun yg lalu sampai skr.
Untung saja ketemu dengan wanita penjaga mesjid tadi ya kak. Jadi bisalah meminjam mukena nya untuk sholat
Terasa syahdu bila baca 😪
BalasPadamSemoga Masjid Al-Aqsa akan terus kekal terpelihara..
Nampak Kak Amie & En. Masjid bersarung tangan, pasti cuacanya sangat dingin.
terima kasih kerana berkongsi catatan ni dgn begitu detail sekali utk pembacaan kami. pengalaman yg sangat menarik. sedih bila disangka masjid ni sepatutnya menerima ramai kunjungan seperti masjid2 yg lain, tapi sepi... sampaikan tempat ibadat agama kita pun dikawal oleh pihak2 terkutuk tu. apatah lagi masjid ni ditutup dlm tempoh yg lama baru2 ni..
BalasPadam