Teringin Makan Nasi Lauk Sardin & Telur Dadar
9:14 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sebelum sampai ke rumah Abang Farid, kami singgah dahulu di Econsave. Melihat banyak buah mangga, kami belilah beberapa biji. Maklumlah dalam kepala memang sudah memikirkan hendak makan buah sahaja sepanjang berada di Malaya. Di sini kalau beli mangga tak perlu pejamkan mata seperti halnya beli mangga harga kayangan di LD.
Di rumah Abang Farid, Amie beritahu tak perlulah sibuk memasak untuk makan malam. dadarkan saja telur dan masak satu tin ikan sardin. Teringin sangat hendak makan lauk dua jenis ini dengan nasi putih panas-panas. Abang Farid tambah lauk sayap ayam panggang. Panggang saja dalam air fryer, kata Abang Farid.
Hidangan Makan Malam |
Tak ingat entah berapa biji beli mangga masak di Econsave. Entah Abang Farid atau Aseeyah yang buat jus mangga. Sedap dan segar betul rasanya. Dua tiga gelas jugalah kita teguk.
Selain dibuat jus, buah mangga itu juga dimakan begitu saja. Entah siapa yang kupas dan hiris. Ada terletak di atas meja, kita pun makan sajalah. Lemak manis rasanya.
Jus mangga yang sedap dan menyegarkan tekak. |
Telur Dadar |
Ikan Sardin |
Sayap ayam panggang dalam air fryer. |
Cantik dan sedap kejadian sayap ayam panggang. |
Malam itu, tiga kali kita mandi sebab suhu terlalu panas. Susah hendak lelapkan mata sebab masih jetlag. Kita teringat kacang yang dibeli di Econsave. Aduhai....kacang berwasabi ini terus membuatkan mata kita celik sampai ke pagi!
26 comments
nasi hangat ditambah ikan sarden
BalasPadamenak sekali
Alhamdulillah. Lagilah makan ketika perut lapar.... Enak banget.
PadamSedapnya air mangga tu. cie pun selalu kalau teringin makan sardin mesti ada telur dadar juga. Sedapnya makan dengan nasi panas2.
BalasPadamMemang gandingan mantap sardin dengan telur dadar.
PadamLauk paling best ni Kak Amie. Sadin dan telur dadar.
BalasPadamKan Mulan. Menambah-nambah nasi masuk pinggan.
PadamKak Amie balik Malaya ke? Mesti nak tengok cucu ye 😍
BalasPadamNi cerita lama baru dijadikan entri PH.
Padamsedapnyaa
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamSesekali mmg ada teringin nk mkn lauk sardin & telur dadar 😅
BalasPadamSedapkan Mira😋😋😋
Padamlauk ikan sardin telur dadar mmg sudah cukup mkn dgn nasi panas-panas! ada pula jus mangga sedapnyaa! alamak kacang wasabi? pedasss menyengat sampai ke hidung tu kak amie!
BalasPadamHahaaaa.... Kacang wasabi tu memang pedasnya menyengat di hidung. Kalau ada resdung tu memang terus bersin kot.
Padamwow...mangga yang menyelerakan
BalasPadamAlhamdulillah. Sedap.
PadamAghhhh nak cobaaa kacang wasabi😄😍😍. Pasti sedap kan. Wasabi tuh memang lah buat hidung mampet langsung lancar 😄🤣
BalasPadamSaya memang suka kacang wasabi. Marem makannya kalau merasa pedasnya sampai hidung.
PadamBahaya sambal sardin dengan telur dadar... tak sedar menambah nasi 😆
BalasPadamMemang bahaya. Sedap sangat.
Padampeberet ni sambal sardin dengan telur dadar. Kadang buat telur mata goreng berkicap dengan bawang dan hirisan lada. Lagi umpphhhh menambah2 gitu. Mangga tu nampak dah masak. Kalau saya tak sempat buat jus, kopek2 lepas tu terus ngap. habis dah. paling sedap dah hiris letak dalam peti sejuk. Nyaman deh
BalasPadamLepas minum jus mangga ada nampak hirisan mangga. NGAP terus.
PadamHahaha.. berasap hidung makan kacang wasabi.
BalasPadamPuas merasa kepedasannya tu SK.
PadamDi semenanjung bila musim mangga memang murah sampai kadang terlebih beli, rm10 pun boleh dapat 2 atau 3 kg bila dah murah. Kacang wasabi tu kepedasannya dana tak tahan kak selalunya
BalasPadamMemang puas beli dan makan mangga masa balik kampung tempoh hari. Saya tahan pedas wasabi sebab suka. Sedap.
Padam