Makan Tengah Hari Lauk Sayur Cangkuk Manis dengan Ubi Rambat Masak Lemak & Ikan Peda Kukus

5:56 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Petang ini bumi LD hujan lagi. Gelap suasana seolah-olah sudah menghampiri remang-remang senja. Alhamdulillah, sejuk sahaja ketika ini.

Amie masak lebih awal dari kebiasaannya kerana lepas solat maghrib kami akan ke kampung untuk menghadiri majlis bacaan yasin di rumah adik ipar. Hari ini Amie olah Sayur Cangkuk Manis dengan Ubi Rambat Masak Lemak. Ubi rambat di LD bermaksud ubi keledek. Ubi rambat juga disebut ubi manis atau ketela. Amie gandingkan dengan Ikan Peda Kukus. Ikan peda ini merupakan ikan kegemaran arwah Ayahanda terutamanya ikan peda jenis kembung. Ikan peda yang Amie kukus ini diperbuat daripada ikan gelama. Untuk melengkapkan lauk, Amie sediakan sambal belacan tapi main kisar sajalah.... ahaks!

Hidangan Tengah Hari


Hidangan tengah hari :
  • Nasi Putih
  • Ikan Bolu Goreng
  • Ikan Peda Kukus
  • Sayur Cangkuk Manis dengan Ubi Rambat Masak Lemak
  • Sambal Belacan
  • Buah Betik & Mangga Manila

Ikan Bolu Goreng

Sayur Cangkuk Manis dengan Ubi Rambat Masak Lemak


Perencah untuk Sayur Cangkuk Manis dengan Ubi Rambat Masak Lemak ini Amie bubuh bawang putih, bawang merah, udang kering dan serai. Amie tidak bubuh serbuk kunyit supaya dapat menikmati aroma santan bertemu dengan serai!

Sambal Belacan

Ikan Peda Kukus

Cara Amie kukus ikan peda ini mudah saja. Ketika nasi mula mengering di dalam periuk, letakkan saja ikan peda di atasnya. Kemudian gorengkan cili, halia dan bawang besar yang dihiris kasar. Apabila nasi tanak, masaklah ikan peda tadi. Angkat dan bubuh dalam bekas. Letakkan bahan goreng dan limau kasturi. kalau hendak goreng ikan peda pun boleh. Aromanya akan terbit memenuhi dapur sampai ke ruang tamu!

Buah Betik & Mangga Manila


Jemput makan!



8 comments

  1. Cangkuk manis tu pucuk manis ke amie?

    BalasPadam
  2. Selamat menjamu selera.
    Nampak sesedap semuanya

    BalasPadam
  3. wahh cangkuk manis tu feveret Abah & Mak. makan dgn sambal belacan fuhhh~

    BalasPadam
  4. potongan buahnya kelihatan rapi dan sajian ikannya menggiurkan sangat....mbul suka 😍

    BalasPadam
  5. sedap semuanya...tapi tulah, kalau nampak buah dah terhidang mcm tu, linda pilih buah dahulu

    BalasPadam
  6. Aduh, ini semua lauk yg boleh membuatkan bertambah-tambah nasi, Kak Amie!

    BalasPadam
  7. ada lauk masak.lemak + ikan goreng... 2 ni je dah ckp buka selera sy!

    BalasPadam
  8. Menelan liur saja lah liat ini 🤣😍😍. Terbayang wangi ikan peda kukus, makan dengan sambal belacan ,beuughhh kak Amie memang tahu cara menaikkan napsu makan 😄

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe