Kuih Tradisional Dilupa Jangan
4:51 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Biasanya kalau cuti sekolah termasuklah cuti hari Sabtu atau Ahad, kami akan bawa Firdaus jalan-jalan ke pasar. Biar dia kenal sayur-sayuran, buah-buahan dan haiwan laut. Teringat zaman remaja abang-abangnya, Abang Farid yang tidak tahu membezakan mana satu daun pandan dengan daun pisang. Fairuz pula apabila disuruh cabut serai dirumpunnya, dibawakannya daun ubi! Agaknya sampai sekarang kalau Bonda kita teringat, pecah berderai tawanya. Peristiwa ini berlaku beberapa tahun lalu ketika kami beraya di Selangor. Amie hendak masak rendang dan minta Fairuz cabutkan serai di kebun. Diunjukkannya daun ubi... Lailahaillallah! Tapi bab ikan, rasanya Fairuz lebih mahir berbanding kami sebab hidupnya kini bergelumang dengan ikan siang dan malam!
Pagi kelmarin Encik Suami bawa kami jalan-jalan cari sarapan. Encik Suami beli nasi kuning. Kemudian kami singgah di gerai kuih-muih. Ramailah peniaga kecil berniaga di situ. Kuih-kuih tersebut sudah siap dibungkus. Setiap bungkus mengandungi lima ketul kuih dengan harga RM3.00.
Tidak sampai hati pula apabila lalu di setiap gerai, ditegurnya kami supaya membeli kuih jualan mereka. Jadi Encik Suami pun belilah sebungkus di gerai sini, sebungkus di gerai sana dan sebungkus di gerai sanun. Katanya, nanti akan dikirimkan untuk abangnya di kampung. Amie pula kalau sudah banyak kuih yang dibeli, bolehlah hulur separuh kepada jiran.
Ikut pusingan jam:
- Kuih Lapis
- Kuih Bandang-bandang
- Kuih Sawallah / Taripang
- Karipap
- Kuih Puteri Ayu
- Kuih Puteri Ayu Berinti
- Kuih Bom Bijan
- Kuih Lenggang
Kuih yang paling Amie suka sudah tentulah kuih bandang-bandang. Kuih ini lebih kurang sama dengan kuih nagasari. Aduhai...sebut kuih nagasari teringat air tangan Bonda kita yang sangat sedap dan wangi! Waktu kami kecil dulu, sebelum waktu tidur Bonda akan menyiapkan bahan untuk sarapan pagi seperti apam, bingka, lepat ubi dan seumpamanya. Kuih nagasari juga merupakan salah satu jenis kuih yang selalu Bonda jadikan sebagai sarapan pagi. Kuih nagasari air tangan Bonda ini aromanya masih dapat dihidu dalam kenangan!
14 comments
Sedap semuanya..kuih sawallah/taripang tu inti bihun ke? kuih lenggang dipanggil kuih ketayap..
BalasPadamKuih sawallah lebih kurang kuih getas di tempat kita.
PadamUncle tak lupa... cuma tak ingat nama... huhuhu
BalasPadamSamalah kita Uncle. Sudah ada tanda-tanda tu hihihiii.
PadamSedap semuanya.. Kuih Bandang-bandang dan Kuih Sawallah / Taripang tu je yang pertama kali sha tengok..
BalasPadamYa, memang beza kuih tempat kita.
PadamSuka semuanya
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamCantik! Pandai Kak Amie susun dan pilih sudut ambil gambar. Dah boleh buat gambar pinterest pulak 😄
BalasPadamHehehee.... ikut hati yang syok sendiri ni Carneyz.
Padamputeri ayu berinti tu, inti apa kak? kelapa ke... kacang merah?
BalasPadamInti kelapa gula merah, macam ini kuih lenggang.
PadamSaya dari dulu hingga skr LBH suka kue tradisional seperti Ini kak. Mungkin Krn mama pandai masak, dan dulu rutin membuat kue tiap sore utk teman minum teh.
BalasPadamGa tau lah kapan trakhir makan kue nagasari. Dah lamaaaa sangat, mungkin zaman elementary school 🤣
Salah satu kue buatan mama yg saya sukaaa sangat. Krn wangi, pakai potongan angka, sedap memang
Kuih nagasari memang sangat sedap.
PadamWaktu kecil dulu, emak saya selalu bikin untuk sarapan pagi tapi isinya pisang yang sudah masak.
Saya selalu melihat kuih-kuih tradisional yang sangat cantik di Indonesia. Comel-comel!
Kreatif sungguh mereka mengolah kuih dan menjadikannya makanan yang menarik mata yang memandang.