Sup Tulang Kegemaran Bonda

9:04 PG

Bismillahirrahymanirrahim.

Hari kedua di rumah Bonda, Wak Niah minta Amie masak sup tulang. Bonda tidak sabar hendak hirup sup tulang. Katanya, semerbak sungguh aroma sup tulang yang sedang direnih di atas dapur. Nasi belum tanak, tetapi Bonda sudah minta sup tulang.

Amie pun ambilkan semangkuk sup tulang dan hidangkan di atas meja. Nampak sungguh Bonda sangat menikmatinya. Aroma sup tulang tambah semerbak apabila ditambah hirisan daun sup dan bawang goreng. Bonda tidak mahu makan nasi sebaliknya minta tambah kuah sup.

Selesai makan dan hirup sup tulang, Bonda kata : Segerrrrr!


Hari itu kami makan tengah hari lebih awal, sekitar pukul 11:00 pagi. Selain sup tulang, Amie panggang ikan cencaru dalam kuali. Ulaman kacang bendi dan hirisan timun serta sambal tomato dijadikan lauk pelengkap.

Sup Tulang

Ikan Cencari Panggang

Ulaman Kacang Bendi & Hirisan Timun

Sambal Tomato

Amie lebih banyak berehat dan tidur saja ketika berada di rumah Bonda. Selain masih rasa letih balik dari mengembara di negara orang, gangguan tidur sementara atau jetlag juga terpaksa dihadapi.  Maklumlah selama dua minggu jam dalaman badan terganggu oleh perjalanan melintasi beberapa zon masa.

15 comments

  1. Sup tulang kegemaran SA jugaaaaa...SA nak gearbox.....raya haji hari tu x dapat makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun nak masak gearbox jugalah nanti. Sedapnya!

      Padam
  2. Dah lama tak makan sup tulang. Sedapnya 🤤

    BalasPadam
  3. kegemaran LM juga sup tulang. mesti bonda tak leh tahan godaan bau sup tu kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Aromanya yang semerbak ketika direnih tu yang tahan nak tunggu dihidang.

      Padam
  4. waahhh sup tulang cencaru panggang!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... dapat makan tengah hari di rumah Bonda.

      Padam
  5. semua sedap kak... sup tulang tu banyak daun sup memang segerrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagilah kalau masak sup tumis darat kan Dana!

      Padam
  6. Memang segarlah lauk begini kak Amie. Berselera bonda makan pun. Sesekali merasa air tangan kak Amie, bertambah selera makannya. Faham sangat rasa kepenatan tu. Ada masa dapat rehat, kita rehat je lah kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun penat, nak juga masuk dapur hihihiii.

      Padam
  7. Maaf kak Amie lama tak menyinggah sini. Baru berkesempatan nak terjah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok Fizah. Tidak mengapa. Saya pun kalau ada masa barulah nak terjah menerjah juga hihihii.

      Padam
  8. Nampak pun segerr tu.
    Bonda rindu masakan anakandanya.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe