Ezogelin Soup (Turkish Lentil Soup with Rice & Bulgur)

7:58 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Rasanya banyak juga jenis sup yang Amie pernah rasa sepanjang berada di Turkiye. Setiap tempat yang dijejaki lain hidangan supnya dan berjenis-jenis pula. Kadang-kadang tidak sempat merasa sebab banyak lagi menu lain hendak dicicipi. Selain Istanbul, Amie pernah kembara sehingga ke Canakkale, Ankara, Konya, Nevsehir, Cappadocia dan Bolu. 

Ezogelin Soup (Turkish Lentil Soup with Rice & Bulgur)



Seperti malam sebelumnya, makan malam kami disajikan secara berhidang. Kami mencari meja yang memuatkan empat buah kerusi, cukup untuk Amie, Kamsiah, Lucy dan Nancy duduk bersama-sama.


Makan malam dijadualkan pada pukul tujuh malam. Selagi belum cukup peserta di meja masing-masing, selagi itulah kami terpaksa menunggu dengan sabar hidangan tiba di meja.



Barangkali agak lama menunggu, termenung pula Kamsiah memandang salad di hadapannya.


Di atas meja kami sudah tersedia roti dan buah epal.

Rice Pudding

Dan juga salad.

Ezogelin Soup (Turkish Lentil Soup with Rice & Bulgur)

Tidak lama kemudian setelah semua peserta duduk di kerusi masing-masing, datanglah pelayan hotel menghidangkan semangkuk sup. Ezogelin Soup (Turkish Lentil Soup with Rice & Bulgur) ini merupakan sup tradisional Turkiye iaitu campuran lentil atau kekacang, nasi dan bulgur. Bulgur ialah sejenis biji-bijian yang berasal dari gandum. Biasanya Amie akan celup roti, tapi malam itu makan sup itu sahaja sudah mengenyangkan.


Hidangan utama malam itu ialah spaghetti dengan kentang goreng dan patty ayam goreng.


Selesai makan malam, seperti yang TLM janjikan kami akan membuat laporan kehilangan wang di balai polis.


TLM meminta bantuan petugas di kaunter untuk mendapatkan teksi. Apabila diterangkan tujuan kami hendak membuat laporan di balai polis, berlakulah ketegangan di situ. Petugas kaunter mempertikaikan tindakan TLM hendak melaporkan kejadian tersebut kerana katanya walaupun laporan polis dibuat, pihak hotel tidak dapat kembalikan wang yang hilang. TLM menjelaskan, hanya hendak buat laporan sahaja. Tinggi pula suara petugas kaunter tadi, dan terus membangkitkan kenapa sekarang baru hendak membuat laporan dan bukannya di sebelah pagi ketika duit tersebut hilang. TLM beritahu, dalam tempoh 24 jam laporan masih diterima. Lagipun dalam jangka masa tersebut, masih boleh diusahakan untuk mencari wang yang hilang, mungkin terletak di mana-mana dan dijumpai semula.

TLM terpaksa meminta Lucy menjelaskan semula perkara tersebut kepada petugas kaunter. Kata TLM, pihak hotel berasa risau kerana kalau sudah menjadi kes polis sudah tentu terpaksa buka CCTV dan siasatan akan berlanjutan. Nanti buruklah reputasi hotel sebab berlaku kes kecurian. Pada masa yang sama, Amie rasa tidak sedap hati. Baik batalkan sahaja hasrat TLM untuk buat laporan polis. Petugas kaunter tidak faham maksud buat laporan sebagai bukti kehilangan wang untuk tuntutan travel insurance.


Rasanya hendak beritahu sahaja kepada TLM : Tak perlulah kita buat police report!

6 comments

  1. Makanan sihat nampaknya tu Aimi....salad dia meriah....saya pun suka....

    BalasPadam
  2. Rindu rice puding..sedapp..bulgur pernah mkn...

    BalasPadam
  3. Menarik semua makanan yang dihidangkan tu..

    BalasPadam
  4. rice pudding tu sekali tgk mcm bubur lambuk pun ada...

    then jadi ke kak buat laporan polis tu?

    BalasPadam
  5. Harapnya laporan polis dapat dibuat dan tuntutan travel insurance berjaya.

    BalasPadam
  6. Serba salah ya kak Amie. Kita nak buat Krn tujuan insurance, tp pihak hotel beda lagi persepsi nya 😔. Memang kalo dah hilang dah tak nak harapkan ketemu. Tp selama msh ada travel insurance kan bisa kita klaim.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe