Rezeki Allah Tak Salah Alamat

8:29 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, pesawat EK0346 dari Dubai ke Kuala Lumpur mendarat pada pukul 2:30 di landasan KLIA1: BERAKHIRNYA KEMBARA DI PENGHUJUNG MUSIM SEJUK. Bermakna lebih awal 15 minit dari yang dijangkakan. Pukul 3:15 petang barulah dapat bagasi. 

Syukur kepada Allah. Sebaik sahaja tiba di pintu keluar sudah kelihatan Encik Suami, Firdaus, Abang Farid dan Aseeyah sedang menunggu. Encik Suami dan Firdaus terbang dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.

Kamsiah pula bersama rakan-rakan yang lain ke KLIA2 untuk meneruskan penerbangan ke Tawau pada awal pagi keesokan harinya. Selepas mengambil kereta sewa, Encik Suami memandu ke kampung. Hanya kami bertiga bersama Firdaus sahaja. Abang Farid dan Aseeyah pulang ke Gombak.

Dalam perjalanan ke rumah Bonda, Encik Suami beritahu ada empat kali panggilan dari Public Bank tetapi Encik Suami tidak angkat. Katanya, dia tidak ada kaitan dengan Public Bank. Barulah Amie teringat! Hari ini 25hb, bermakna 22hb sudah masuk bayaran dari Google Adsense. Amie pun tidak melihat emel. Mungkin Public Bank telefon Amie tetapi ketika itu Amie berada di Istanbul dan tidak dapat dihubungi atas sebab tertentu. Dan, mereka cuba hubungi Encik Suami kerana ada maklumat Encik Suami sebagai waris. Setelah Amie buka emel, memang sudah ada resit pembayaran dari Google Adsense dan seperti sebelumnya, Amie terus emelkan ke pihak bank. Keesokan paginya, Encik Suami menerima panggilan telefon dari pihak Public Bank dan benarlah tekaan Amie. Pihak bank bertanya tentang resit pembayaran Google Adsense. Amie maklumkan, resit tersebut sudah Amie emelkan ke pihak bank.

Kami tiba di rumah Bonda pada pukul 7:30 petang. Sudah tentulah Bonda sangat terkejut melihat kami tiga beranak tiba-tiba ada di depannya! Kata Bonda, patutlah seminggu ini mata asyik berdenyut-denyut saja. Rupanya ada orang jauh hendak sampai. Wak Niah pula kata, hari ini seperti ada yang menyuruhnya membeli banyak makanan. Ada orang jauh hendak dijamu rupanya! Itulah kepercayaan tipikal orang terdekat dekat kita. Gerak hati dan telepati itu sebenarnya ada.


Selepas makan malam dan berehat di dalam bilik, Bonda ketuk pintu. Bonda bawa sepucuk sampul duit raya dan serahkan kepada kita. Kata Bonda:

Ini duit hasil jualan serai.

Hairan pula kita, kenapa unjuk dengan kita duit hasil jualan serai. Ceritanya begini:

Apabila ada masa terluang, adik ipar kita bersihkan tanah sekangkang kera milik kita. Ditanamilah dengan pelbagai pokok termasuk serai. Setelah enam bulan, rumpun serai sudah boleh dituai. Wak Niah bantu cabut dan bersihkan serai. Ada peraih datang membeli. Bonda kata, hasil jualan serai berjumlah RM3,000.00. RM1,000.00 adik ipar ambil. RM1000,00 lagi Wak Niah ambil. Bakinya ada RM1,000.00 dan itu merupakan bahagian Amie.

Allahu Akbar!
Memang rezeki Allah tak salah alamat! 
Sekarang apabila berbual dengan Encik Suami, maka teringatlah kisah : CERITA YANG TAK SERONOK UNTUK DIDENGARI.

Dugaan kecil yang Allah beri kerana kehilangan wang sebanyak 2775LIRA (tukaran wang asing RM750.00) di Istanbul, dan tidak diluluskan tuntutan kehilangan wang dari pihak insuran dibayar dua kali ganda dalam tempoh yang singkat.  Amie dapat sejumlah yang tak disangka-sangka sebanyak RM1,000.00 hasil jualan serai dan RM500+++ bayaran Google Adsense.

RM1,000.00 (1/3 dari hasil jualan serai).

Sate Ayam di Puncak Alam

Allah ya Allah!
Alhamdulillah.
Hanya kepada-Mu aku bergantung, bersyukur di atas segala nikmat, rahmat dan kebaikan-Mu.

Oleh sebab terlalu gembira, tak jadilah nak terus tidur. Tiba-tiba teringat sate ayam yang kami beli di Puncak Alam dalam perjalanan pulang dari KLIA1 ke kampung. Jadi, masuk dapur semula dan makan sate ayam dengan nasi himpit... ahaks!

Keesokan paginya sewaktu Amie masuk dapur dan hendak siapkan sarapan, tiba-tiba terpandang empat sikat pisang nangka dan diletakkan di pintu dapur. Melihat saiz pisang nangka yang besar, kita tanya Bonda: Siapa hantar pisang nangka ini?

Bonda kata: Adik ipar kamu. Dia ambil sesikat, dan empat sikat lagi dihantar ke rumah kita. Pisang nangka ini dari kebun kamu.

Oooh! Rajinnya adik ipar kita (lelaki) bercucuk tanam. Selama ini kita tak pernah melawat dan merawat tanah kebun. Setelah adik kita tolong tebang pokok kelapa sawit, kita hanya dengar cerita adik ipar tanam itu dan tanam ini. Kita kata ambil sahajalah hasil tanaman, bahagi-bahagi sesama keluarga kalau tak habis makan. 

Pisang nangka.


Pagi itu sempatlah jugalah kita intai-intai kawasan belakang rumah Bonda, tempat sekangkang tanah milik kita. Rupanya banyaklah tanaman di situ yang diusahakan oleh adik ipar. Ada pokok ubi, keladi, terung, lengkuang dan segala jenis herba seperti pokok kunyit, pokok selom, pokok cili dan sebagainya. Ada pokok kelapa, pokok mangga dan pokok pisang yang sedang berbuah.






Kita tak perasan di mana adik ipar tanam serai sehingga boleh menghasilkan RM3,000.00 sekali tuai. Pernah dahulu kita nampak satu kawasan yang agak luas dipenuhi rumpun serai. Mungkin di situlah dia tanam. Ketika ini kita hanya nampak beberapa rumpun serai sahaja. Mungkin saki-baki dari banyak rumpun serai yang sudah dituai.


Rumah adik ipar yang baru siap dibina terletak berhampiran rumah Bonda. Ada juga rumpun-rumpun serai. Rupanya adik ipar kita suka tanam serailah.


Kadang-kadang kita terfikir juga bagaimana serai begitu berharga, hanya ditanam di atas tanah sekangkang kera sehingga boleh menghasilkan RM3,000.00 sekali tuai. Apabila kita balik ke LD, kita beli serai di pasar raya dengan harga RM0.99 sen hanya dapat tiga batang serai sahaja!

Mudah-mudahan adik ipar sentiasa sihat, diberi tenaga untuk bercucuk tanam. Tanamlah apa sahaja dan ambillah hasilnya. Jika berlebih, bahagi-bahagikan kepada keluarga dan sanak saudara serta jiran tetangga.

13 comments

  1. Alhamdulillah..sungguh rezeki tak pernah salah alamat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur Ahamdulillah.
      Yang baik itu memang datang dari-Nya dan yang batil itu dari manusia sendiri.

      Padam
  2. MasyaAllah banyak hasil jualan serai. Tak sangka jugak ya, lumayan hasilnya. Bagus sungguh adik ipar kak Amie rajin usahakan tanaman.

    Tahniah kak, dapat rezeki berganda!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Ujie, tak sangka pula tanam serai sambil-sambilan oleh adik ipar, dapat hasil yang diluar jangka.
      Terima kasih Ujie. Alhamdulillah rezeki Allah.

      Padam
  3. Seronok kakau ada tanah lapang, buat tanam sayur boleh petik fresh² dari tanaman kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul CCL.
      Tak payah beli sayur kalau nak masak.

      Padam
  4. Alhamdulillah rezeki yang di bahagi-bahagikan Allah beri lagi banyak. Besar juga tu tanah amie bukan sekakngkang kera lagi tu. Syiok kan kalau rajin menanam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Rezeki Allah.
      Memang betul, tak rugi berbudi kepada tanah. Kena rajin bercucuk tanam.

      Padam
  5. Touchdown je kak Amie terus balik kampung pula ye. Sambung lagi perjalanan kak Amie. Ohh kalau public bank setiap kali adsense masuk akan call dulu ye. Baru tahu.

    Allahuakbar, ada hikmahnya disebalik kejadian. Syukur dapat rezeki yang tak disangka-sangka. Banyak juga hasil jualan serai. Berbudi pada tanah, hasilnya tak mengecewakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sewaktu dapat pembayaran dari Google Adsense itu saya berada di Bulgaria. Lupa hendak tengok emel dari GA dan hantar ke Public Bank. Itu yang PB nak confirmkan sebelum PB luluskan masuk ke akaun. Biasanya kalau saya terus emelkan ke PB, pihak bank ytak telefon saya.
      Tak sangka betul kan Fizah. Serai boleh menghasilkan RM yang lumayan.

      Padam
  6. Lumayan tu kalau dituai sampai RM3k
    Rezeki berbudi pada tanah.
    Seronok balik-balik dari berjalan dapat duit, hilang penatnya.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe