Sarapan Nasi Lemak Sambal Sotong di Restoran Nasi Lemak Perak(NLP) Tronoh
7:32 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Rabu, 28 Februari 2024 - 8:00 pagi.
Tempat : Restoran Nasi Lemak Perak (NLP) Tronoh.
Ini cerita lima bulan lalu, dan baru sempat dijadikan entri pada hari ini. Banyaklah ceritanya yang sudah hampir lupa. Dengan bantuan gambar dan butiran dalam galeri, bolehlah dijadikan entri... ahaks! Hendak dibuang gambar-gambar rasa sayang pula kerana itulah sahaja rakaman kenangan bersama anak-anak sewaktu bercuti tempoh hari.
Kali pertama kami sarapan di sini pada Disember 2022.
Amie : Nasi Lemak Sambal Sotong |
Semua harga makanan memang sudah tidak ingat. Tidak buat catatan. Tidak ambil gambar dan tidak simpan resit. Tapi, harganya memang harga mampu bayar. Harga marhaen, dan bukan harga kayangan. Amie ambil nasi lemak, ada telur mata dan sambal sotong.
Ambil juga kuih vadei, ketayap dan kuih lompang yang berselimut dengan kelapa parut.
Encik Suami : Bihun Goreng Telur Mata |
Amie : Lontong |
Firdaus : Roti Bako Telor Gegor RM4.00. |
Abang Farid : Roti Garlic Mushroom Soup RM4.00. |
Aseeyah : Roti Canai |
Restoran Nasi Lemak Perak (NLP) Tronoh |
Gambar pertama kali datang ke NLP : SARAPAN LEMPENG PISANG DI RESTORAN NASI LEMAK PERAK (NLP) TRONOH.
14 comments
sedapnyaa
BalasPadamAlhamdulillah.
Padamwah best sungguh jalan jalan makan
BalasPadamYa, memang best.
PadamKalo nanti kesana, nak coba nasi lemaknya. Saya dan anak bungsu teramat suka nasi lemak untuk sarapan 😄😄😄👍. Memang tak akan bosan itu. Walopun di jakarta ada yg jual, tapi kan beda rasanya kalo makan langsung di negara asal.
BalasPadamMenu lainnya pun nampak sedaap kak Amie. ❤️
Itulah uniknya dunia masakan. Namanya sama tapi rasanya pula berbeza.
PadamNampak menarik plak nasi lemak tu...
BalasPadamSedap sambal sotongnya.
PadamLontong yummy
BalasPadamLontong pun sedap.
PadamOh, cerita lama tapi tetap segar ni, Kak Amie.
BalasPadamYa SK. Gambar tak pandai basi hihi.
Padamsedapnya semua menu tu kak... dana yang di semenanjung ni pun baru sekali sampai ke perak tu kak
BalasPadamEmak saya memang asal Perak. Selalulah kami ke Perak.
Padam