Makan Karışık Pizza dan Üç Peynirli Pizza di Meşale Restaurant & Cafe
8:46 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Mudah-mudahan rezeki untuk berkunjung dan berlama-lama di Istanbul akan terkabul pada masa akan datang. Banyak makanan halal dan sedap-sedap boleh dicicipi di sini. Terpulang kepada selera masing-masing untuk memilihnya. Misalnya pide pizza yang berbentuh pipih memanjang dengan pelbagai pilihan topping yang enak-enak belaka.
Namun begitu, kali ini kami tidak bertemu dengan pide pizza yang lonjong itu sebaliknya kami memilih Karışık Pizza dan Üç Peynirli Pizza di Masale Restaurant & Cafe berhampiran Arasta Bazaar.
Karışık Pizza dan Üç Peynirli Pizza |
Mesale Restaurant & Cafe yang serba merah. |
Chai Tea Latte |
Üç Peynirli Pizza |
Uc Peynirli Pizza ini menggunakan tiga jenis keju iaitu keju mozzarella, keju cheddar dan keju kambing Thracian. Toppingnya termasuklah salami... aduhai! Teringat pula makan pizza salami, beli di restoran Turki sewaktu jalan-jalan ke Perth, Australia : JALAN-JALAN CARI MAKAN DI PERTH.
Sampai sekarang terngiang-ngiang di telinga: Salami eat salami!
Karışık Pizza |
Karışık Pizza pula toppingnya terdiri daripada pelbagai bahan termasuk jagung, cendawan, buah zaitun, capsicum. keju mozzarella dan sebagainya.
Oleh kerana rotinya nipis, sukalah kita nak makan!
Makan dua potong pun perut rasa kenyang!
Total : 1,470LIRA |
6 comments
Mungkin maksudnya 1470 lira ya kak? 😅. Terkejut saya pas baca 1,470,000.
BalasPadamNaah kalo pizza saya sukaaa. Apalagi dengan banyak topping keju seperti ini
Wahhh.. mesti sedap yang ada keju kambing tu, Kak Amie!
BalasPadamwaahhhh bestnya! suka sgt kisah pasal Istanbul!
BalasPadampizza salami tu nampak sedap betul dengan gabungan warnanya tu kak... sana memang jenis pizza yang kulit nipis je ye
BalasPadamComel lukisan penari tu
BalasPadamBest lah makan pizza yang crust nya nipis. Topping tebal takpe 😁
BalasPadam