Bebek Ross

4:28 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Fairuz sudah pulang ke Kota Kinabalu pada hari Ahad lepas. Malam tadi Firdaus menangis tersedu-sedu berjam-jam lamanya kerana Fuad akan terbang ke Johor. Pagi tadi nampak bengkak mata Firdaus. Petang ini suasana sunyi dan sepi. Hanya terngiang-ngiang gelak tawa dan gurau senda anak-anak sewaktu bersama menyambut Aidil Fitri.

Sebelum terbang dari Johor ke Kota Kinabalu, Fuad meluahkan keinginannya untuk makan itik panggang sos plum. Gigihlah Encik Suami mencari, dan akhirnya dapatlah seekor itik seberat 2.4 kilogram dengan harga RM58. Bolehlah dijadikan hidangan di pagi raya untuk kami sekeluarga.

Pengumuman jatuhnya 01 Syawal pada hari Isnin membuatkan kami terus terlupa itik yang kononnya hendak dipanggang dan dijadikan juadah di pagi raya. Suasana bertukar kelm-kabut. Masing-masing terpaksa menumpukan perhatian untuk majlis rumah terbuka pada hari raya kedua. Fairuz dan Fuad banyak membantu di dapur, dan hari raya ketiga kami semua berehat di rumah.

Mengenangkan Hanya tinggal beberapa hari sahaja Fuad dan Fairuz berada di rumah, jadi pada hari raya keempat Amie keluarkan itik dari freezer untuk dinyahbeku. Cadangan awal untuk membuat itik panggang dibatalkan. Amie olah itik cara almarhumah MIL. Itik direbus hingga empuk, kemudian ditoskan hingga kering. Sapukan seluruh itik dengan bahan pemerap yang terdiri daripada pes bawang putih, halia, lada putih, sos tiram, garam dan perasa. Kemudian digoreng. Jika suka kulit yang garing bolehlah goreng sehingga warna kulit itik menjadi kuning keemasan. Amie tidak goreng hingga garing, kerana anak-anak sukakan rasa daging itik yang berjus!

Bebek Ross @ Bebe Masak Ross

Keluarga Encik Suami memanggil masakan itik begini dengan nama Bebek Ross. Dalam entri yang lepas-lepas, Amie pernah cerita tentang makanan kegemaran Tuan John Ross di Pulau Cocos (Keeling). Penduduk Melayu Cocos akan memanggil sesuatu makan yang digemari seseorang dengan nama panggilan si penggelam. Misalnya, Tuan John Ross sukakan daging, ayam atau itik yang direbus hingga empuk, makan mereka akan menamakan Daging Masak Ross atau Ayam Masak Ross.  Jadi, untuk itik pula mereka menanamakan sebagai Bebek Ross atau Bebek Masak Ross.

Bebek Ross dan Nasi Minyak & The Gang

Fuad dan Fairuz sangat letih membantu kami melayan tetamu dan membersihkan pinggan mangkuk serta mengemas rumah. Apabila letih sudah tentulah selera makan berkurangan. Lagi bergelen-gelen air masuk ke dalam perut! Jadi, Amie masaklah serba sedikit juadah hari raya kedua yang idak sempat ana-anak nikmati.

Selain hidangan Bebek Ross, Amie masak nasi minyak, udang goreng kunyit, acar mentah, dan panaskan lebihan rendang daging. Fairuz dan Fuad suka sangat makan rendang daging! Yang pastinya, pada hari itu habis seekor Bebek Ross dinikmati bersama!


Cepat sungguh masa berlalu. Tak terasa Fuad dan Fairuz bersama-sama kami meraikan sambutan Aidilfitri. Semuanya sudah berlalu. Semoga akan bertemu pada masa yang lain.

Ya Allah!
Kau jagakanlah anak-anak kami walau di mana mereka berada.
Sesungguhnya hanya kepada-Mu tempat kami berserah!

14 comments

  1. Nampak sedap itik @ Bebek Ross tu Kak Amie...seems that it was perfectly cook...
    Mertua saya beli itik juga, utk dimasak rendang. Lepas pengumuman raya tu bersilatlah di dapur :)

    BalasPadam
  2. Masakan kak Amie sentiasa nampak menyelerakan. Mesti anak-anak pun teringat.

    BalasPadam
  3. nampak sangat sedap bebek tu, antara kegemaran tapi jarang dimasak. selamat hari raya amie

    BalasPadam
  4. lama sgt x mkn bebek... menggiurkan sungguh lah kak amie... pasni sunyi balik lah bila semua dh kembali ke sarang... sian firdaus... anyway, selamat hari raya utk kak amie sekeluarga

    BalasPadam
  5. Seksi plak itik tu kak Amie...blom terlambat lagi SA nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  6. Amiiinnnn.. Amiiinnnn Ya Robbal Alamiiiinnnn.. Doa ibu itu makbul, insyaAllah, anak2 akan baik2 sahaja.

    Boleh tak sy gantikan itik tu dengan ayam?

    BalasPadam
  7. bebek tu cam menggeliat je.. seksi plak nengoknya. sedaplah daging bebek sebab kenyal2 tapi tak pernahlah masak sendiri.

    BalasPadam
  8. Wah..sukanya itik..
    Seksi pulak tu...terliur..
    Ingatkan masak rose..rupanya Ross
    Selamat Hari Raya Aidilfitri cikgu..
    Maaf zahir Batin..
    Baru senpat nak berblog walking...

    BalasPadam
  9. Aminn... semoga anak-anak kita dilindungi Allah.
    Sedapnya, tengok itik.
    Betul, masa anak cuti, rasa cepat je masa berlalu. Dah pulang ke sarang semula.

    BalasPadam
  10. presentation cantik, mesti rasanya sedap. rajin sungguh kak Amie masak semua. semoga menjadi kenangan anak-anak bila berjauhan

    BalasPadam
  11. tengok pun tau sedap ni amie...saya mmg suka makan itik tapi jarang la nk dpt makan

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe