Jom Sarapan Mi Kering Goreng dengan Telur
10:17 PGBismillahirrahamanirrahim.
Apa khabar rakan-rakan maya?
Hari ini rakyat Sabah cuti sempena Pesta Keaamatan @ Menuai. Dapatlah luangkan masa ke dapur sediakan sarapan pagi. Encik Suami awal pagi tadi sudah keluar. Ada urusan kerja yang perlu diselesaikan. Jadi, Amie sarapan berdua sahajalah dengan Firdaus.
Amie goreng mi kering dengan telur. Celur dua keping saja mi kering. Itu pun sudah cukup banyak untuk kami berdua.
Mi Kering Goreng dengan Telur |
Kepingan mi kering |
Gambar dari entri lama. Inilah rupa mi kering yang terkenal di Sabah. Kena celur terlebih dahulu sebelum diolah. Banyak juga mi kuning yang dijual, tapi penduduk tempatan lebih meminati mi kering.
Mi kering setelah dicelur dan ditoskan. |
Cara memasak mi kering ini sama saja seperti mi basah @ mi kuning.
Pelengkap hidangan mi kering goreng sudah tentulah ada air lada @ kicap lada. Kalau makan di kedai akan disajikan sekali dengan semangkuk kecil sup kosong.
Jemput sarapan pagi.
6 comments
selamat bercuti..
BalasPadamOoo, mi kering. Saya panggil ni, maggi kosong. Sebab rupa dia macam maggi, cuma takde perencah. Senang ada stok ni, sebab tahan lama. Macam spagetti juga.
BalasPadamHee ni wajib ada stok kt umah ni.. Kt Semenanjung kalau mcm ni Semua panggil meggi kosong🤣
BalasPadamRupa macam mi segera.
BalasPadamMesti lagi sedap daripada mi kuning.
mee kering ni mmg fav kawan sbh syu. biasa mmg dia cari mee ni je.
BalasPadamSuka jugak mi kering. alternatif kepada megi tapi lebih sihat
BalasPadam