Resipi Udang Nestum Yang Sangat Sedap!

8:53 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Masih lagi di bulan Syawal, mood raya belum hilang. Masih teringat-ingat dan terkenang-kenang gelagat Fuad dan Fairuz ketika bersama-sama menyambut raya. Paha hari raya keenam, keluarga Encik Suami mengadakan sambutan hari raya keluarga. Masing-masing perlu membawa juadah untuk dinikmati bersama. Kami membawa Udang Nestum dan Small Shell Pasta Salad.

Udang Nestum


Amie minta tolong Fuad sediakan bahan-bahan untuk udang nestum. Amie bersihkan lebih kurang 3 kg udang kertas saiz besar. Buang misai dan tarik urat belakangnya.


Setelah udang dibilas dan ditoskan, taburkan sedikit garam dan gaul. Kemudian salut dengan tepung jagung.



Goreng udang hingga masak. Ankat dan toskan.



Inilah udang kertas salut tepung jagung yang sudah digoreng.


Biasanya mentega digunakan untuk menggoreng bahan perencah, tapi Amie suruh Fuad gunakan minyak sapi sebab tak ada mentega.


Amie minta Fuad cincangkan 5 labu bawang putih. Fuad gunakan chopper. Jadi, cantiklah hasil kejadiannya.



Cili padi dan cili hijau pun Fuad yang potong. Kita suruh hiris nipis. Tengoklah nanti hasil kejadiannya di bawah.


Amie suruh Encik Suami beli daun kari di pasar, tapi kata Encik Suami banyak daun kari di kampung. Katanya nanti ambil saja sewaktu dia singgah di rumah adiknya. Sampai ke rumah, yang dibawa pucuk daun kari yang masih muda. Malas nak kata apa. Sabar sajalah.

Oh, berbalik kepada masakan udang nestum tadi. Amie suruh Fuad cairkan minyak sapi dalam kuali hingga panas dan masukkan pula bawang putih cincang. Setelah bawang putih mula kekuningan, masukkan pula daun kari diikuti dengan nestum. 


Nestum ini pun dua kali beli. Minta Fairuz beli nestum original, yang dibawa pulang nestum 3 in 1. Sekali lagi kena bawa banyak bersabar! Ada saja yang tak kena. Terpaksalah pergi kedai lagi dan beli yang original. Amie pun tidaklah ikut sukatan yang standard. Semuanya main campak saja dalam kuali. Apabila Fuad tanya, Amie kata masukkan sajalah satu paket nestum 240gram itu. Banyak jugalah udang goreng 3 kilogram hendak digaul dengan nestum. Setelah bubuh hirisan cili, serbuk perasa dan gula, dan digaul sekali lagi, Fuad pun merasalah serdak nestum tadi. Katanya: Sedapnya! Memang sedap! Saki-baki nestum itu bila gaul dengan nasi panas, nikmat sungguh apalagi dengan aroma minyak sapinya itu.


Inilah hasil kerjasama masak udang nestum dengan Fuad. Abaikan hirisan cili merah hijau potongan Fuad itu.... ahaks!




Dua bekas berisi Udang Nestum dibawa ke kampung untuk juadah hari raya terbuka keluarga.




10 comments

  1. Pasti sedap dan berebut2 tetamu makan

    BalasPadam
  2. Kalau sy jadi tetamu, ini antara menu yang menjadi pilihan. Beruntung ada anak2 lelaki yg nak membantu mommy di dapur.

    BalasPadam
  3. Ratah pun sedap ni kak... ada rasa manis dan savoury...harum lg

    BalasPadam
  4. Lauk macam ni memang x jadi lauk ni...leka diratah jer nanti...

    BalasPadam
  5. akan d cuba ni.. thanks, Puan

    BalasPadam
  6. tk pernh buat menu ni..tp pernh la mkn..yummyyyy

    BalasPadam
  7. waaahhh.. sedap tu.. nak try juga lah nanti

    BalasPadam
  8. Boleh bau sampai ke sini, Amie. :D
    Tergelak saya, Fairuz bawa balik Nestum 3 in 1. Sedap juga tu, sahur minum nestum. :D

    BalasPadam
  9. SEDAP SANGAT TU UDANG SALUT NESTUM

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Makkah & Madinah ~Melaka ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Sabah ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puasa Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe