Beraya di Anjung Teduh

9:20 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Mengimbas kembali beraya bersama gang kaki jalan pada hari Sabtu, 14 Mei 2022 di Felda Anjung Teduh. Destinasinya sudah tentulah ke rumah salah seorang gang kaki jalan, iaitu Jusna. Perjalanan memakan masa selama dua jam dari bandar Lahad Datu. Kami singgah di gerai ikan di kawasan Membatu. Tidak banyak ikan yang ada di situ. Dapatlah beli udang dan dua jenis ikan. Selepas beraya di rumah Jusna nanti, kami akan teruskan perjalanan ke Tanjung Labian. Jadi, sempatlah bersihkan ikan dan udang serta perap sayap ayam di rumah Jusna untuk dipanggang pada sebelah malam. 



Jarak di antara Lahad Datu ke Felda  Anjung Teduh lebih kurang 100 kilometer. Kami bergerak dari Lahad Datu lebih kurang pada pukul 11 pagi dan sampai ke rumah Jusna sekitar pukul 1 tengahari.

Rumah keluarga Jusna.

Nano memandu keretanya sementara Amie dan Sue jadi penumpang.



Kavvy memandu di belakang kami membawa Sinar, Misa dan Gee.

Puding Karamel

Macam-macam juadah yang disediakan untuk menjamu kami. Semuanya sedap belaka. 


Yang ini tak tahu apa namanya, tapi rasanya sangat sedap dan manis berlemak.

Puding Marble

Tapai Pulut.

Tembikai

Acar timun & nanas.

Rendang Daging

Kurma Ayam

Nassu Liku @ Ayam Masak Lengkuas

Pegedil Jagung

Sup Jagung


Menyantaplah kami sepuas-puasnya dengan pelbagai juadah yang sudah tersedia.


Selain membeli ikan dan udang untuk dibawa ke Tanjung Labian, Sue sempat beli latok. Jadi, bertambah-tambahlah nasi masuk pinggan apabila bertemu latok dan ikan basung goreng!


Kami lepak santai di rumah Jusna.


Selepas kekenyangan, menyandarkan badan di tiang pula. Tuan rumah (Jusna) di sebelah kanan kita. 
Sementara menunggu kawan-kawan menunaikan solat dan memerap udang serta ayam, kita jalan-jalan melihat persekitaran. Teruja sangat melihat pokok kantan dengan bunganya yang lebat timbul dari celah-celahnya.

Pokok kantan berbunga lebat.


Di sekeliling pokok dan di celah batang bahagian dalam dipenuhi dengan bunga kantan!

Pokok lada hitam.


Amie pun agak lama juga tidak melihat buah lada yang begini lebat! Buah lada ini belum masak. Kalau sudah masak akan berwarna merah. Dulu sewaktu arwah MIL masih ada, Amie selalu bantu MIL petik buah lada yang masak. Setelah direndam dan tanggal kulit lada, MIL akam jemur. Jadilah lada putih. Lada hitam pula daripada pokok yang sama yang sudah matang tetapi belum masak. Ia hanya perlu dijemur dan tidak melalui proses rendaman seperti lada putih.


Kesimpulannya lada hitam dan lada putih berasal dari pokok yang sama. 


Leka sekali kita melihat kawasan kediaman keluarga Jusna. Macam-macam tanaman seperti pokok kedondong.



Jusna selalu bawakan kami buah belimbing buluh, bunga kantan dan limau kasturi. Rupanya memang pokok-pokok tersebut ada di sekeliling rumahnya!


Sekarang pokok belimbing buluh sedang mengeluarkan bunga.


Pokok limau purutnya pula lebat berbuah!


Memang subur sangat tanah di Felda Anjung Teduh ini.


Buah limau kasturi tidak terkira banyaknya.
Misa dan Sinar petik untuk dibawa ke Tanjung Labian. Bolehlah dibuat cecahan makan dengan sayap dan udang panggang.

Limau Kasturi.


Menjelang pukul 3 petang, kami meninggalkan Anjung Teduh dan memandu arah ke Tanjung Labian.


Jalannya cantik, dan kiri kanan dipenuhi kehijauan!


15 comments

  1. Bestnya.. d area tu ada tempat2 awam yang boleh dilawati tak, Puan?

    BalasPadam
  2. Hilang penat memandu jauh..memacam makanan dapat...pastu memacam hasil tanaman best vetul kak

    BalasPadam
  3. Seronok tengok tanaman kat rumah orang kan..nak plak bunga kantan tu..tapi pendek2 ye bunganya compare kat sini panjang tinggi

    BalasPadam
  4. Seronok ni, dapat berjalan jauh, dengan kawan2, makan2 dan dapat buah tangan pulak.

    BalasPadam
  5. wahh..mcm2 juadah disediakan...pertama kali dgr ulam latok...

    BalasPadam
  6. Beraya kemudian berjalan-jalan.

    BalasPadam
  7. permai suasananya menu utk tamu sedap semua

    BalasPadam
  8. salam, singgah blogwalking...

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Mewahnya makanan yg dihidangkan; pelbagai jenis lauk dan kuih-muih.
    Seronok tengok persekitaran rumah sahabat akk, penuh dgn tanaman dan kehijauan 💚

    BalasPadam
  11. Cantik pulak nama feldanya, makanan pun nampak sedap semuanya tu, Kak Amie,

    BalasPadam
  12. Cantiknya pemandangan...Meriahnya menu .Lada hitam muda kalau dapat buat ulam sedapnya..berpeluh lepas makan..Selamat hari raya yang dah semakin hujung

    BalasPadam
  13. Ayam masak lengkuas tu nampak sedap..

    BalasPadam
  14. wahh banyak nya pokok di sekeliling rumah

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Makkah & Madinah ~Melaka ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Sabah ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puasa Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe